Buletin

PENGEDAR HONDA BEROPERASI SEPENUHNYA. PERKENAL SOP LEBIH KETAT DEMI KESELAMATAN SEMUA

Honda Malaysia mengumumkan bahawa semua pengedarnya telah beroperasi sepenuhnya bermula 13 Mei 2020. Langkah-langkah pencegahan ketat juga dilaksakan di semua premis di seluruh negara. 

Bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggan, semua kemudahan itu menjalani proses sanitasi secara berkala. 

“Semua perunding jualan dan servis Honda perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baru. Kami juga berharap para pelanggan mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan menerima normal baharu ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut: 

1. Melihat kereta di bilik pameran 

Suhu badan pelanggan akan diperiksa dan perlu menggunakan pembersih tangan sebelum masuk ke dalam bilik pameran. Mereka yang mencatat suhu 37.5°C dan ke atas atau menunjukkan tanda-tanda deman, batuk dan sesak nafas dinasihatkan untuk meninggalkan premis serta mendapatkan rawatan serta-merta. 

Laluan telah distruktur semula dengan hanya ada satu jalan keluar masuk untuk pemeriksan yang lebih efektif. Kawasan yang sering disentuh seperti tombol pintu dan bilik air akan dibersih serta dinyahkuman dengan kerap setiap hari. 

Topeng muka akan disediakan kepada pelanggan. Pelanggan dan perunding jualan perlu memakai topeng muka sebelum berbincang. Mereka perlu menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter. Ketika menerangkan ciri-ciri di dalam kereta, penasihat jualan akan duduk di kerusi belakang. 

2. Pandu uji 

Semua kereta pandu uji disanitasi sebelum dan selepas setiap sesi pandu uji, terutama di kawasan yang sering disentuh seperti stereng, suis, papan pemuka, hendal pintu dan kunci kereta. Pelanggan dan perunding jualan perlu memakai topeng muka dan sarung tangan sepanjang sesi pandu uji. Penasihat jualan akan duduk di kerusi belakang untuk mengekalkan penjarakan sosial. 

3. Membuat tempahan 

Honda Malaysia menggalakkan pelanggan untuk membuat pembayaran menerusi secara dalam talian untuk meminimumkan kontak dengan barang-barang seperti meja, alat tulis dan Terminal Point-of-Sale (POS). Honda Malaysia juga ada menyediakan servis memperbaharui insurans kereta secara dalam talian yang lebih mudah. 

4. Penyerahan kereta baharu 

Honda Malaysia faham bahawa penyerahan kereta ialah sesuatu yang menggembirakan pelanggan dan pengedar. Namun, memandang situasi semasa, syarika menasihatkan hanya seorang pelanggan yang menerima kereta untuk mengelakkan kesesakan di bilik pameran. 

Setiap kereta baharu yang diserah akan disanitasi sepenuhmya.  

5. Perkhidmaan selepas jualan dan lanjutan jaminan kereta Honda

Pelanggan perlu membuat temujanji sebelum menghantar kereta untuk diservis kerana Honda Malaysia melaksanakan kawalan penjarakan sosial yang ketat.  

Temu janji awal dapat memastikan pelanggan boleh menikmati pengalaman selepas jualan yang lancar. Bagi lanjutan jaminan pula, sila rujuk jadual berikut:

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.honda.com.my.  

Tags
Google ads
Back to top button