Buletin

ROYAL ENFIELD LANCAR KEDAI EKSKLUSIF BAHARU DI BATU CAVES – TAWAR AKSES SERBA LENGKAP UNTUK PELANGGAN

Royal Enfield hari ini secara rasmi melancarkan kedai eksklusif baharu di 6, Dolomite Park Avenue, Jln Batu Caves, Selangor.

Konsisten menyediakan akses lebih mudah kepada pelanggan, kedai baharu itu menawarkan servis, barangan rasmi serta aksesori motosikal di bawah satu bumbung.

Menurut Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo, “Ini akan menjadikan kami lebih dekat dengan pelanggan dan menyediakan akses mudah kepada jenama. Dengan gabungan usaha Royal Enfield dan Didi Group, kami yakin dengan keupayaan kami.”

Bercakap mengenai pelancaran kedai eksklusif serba baharu ini di Malaysia, Ketua Perniagaan untuk Asia Pacific, Royal Enfield, Anuj Dua, berkata, “Royal Enfield komited untuk menjadi peneraju global dalam segmen bersaiz sederhana.

“Malaysia adalah salah satu pasaran berpotensi tinggi di Asia Tenggara dan kami menyaksikan lonjakan pesat dalam komuniti penunggang Royal Enfield.”

Untuk rekod, kedai ekslusif Batu Caves ini merupakan kedai rasmi ke-4 yang telah Royal Enfield lancarkan.

Google ads
Back to top button