Buletin

TIADA ALAT GANTI, 800K UNIT KERETA MERCEDES HADAPI RISIKO KEBAKARAN

Seramai 800,000 orang pemilik kereta Mercedes-Benz telah diberikan notifikasi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan mereka disebabkan masalah kebocoran coolant yang mampu menyebabkan kebakaran.

Malangnya, tiada sebarang kempen recall (panggil semula) diumumkan disebabkan Mercedes sendiri tidak mempunyai alat ganti untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Daimler, isu ini melibatkan model-model seperti C-Class (2014-2021), CLS (2018-sekarang), E-Class (2017-sekarang), E-Class (2017-sekarang), G-Class (1990-2018), GLC (2016-sekarang), GLE/GLS (2019-sekarang), serta dua generasi terkini S-Class.

Masalah ini mula disedari oleh akhbar Bild yang kemudian menerbitkan salinan surat Daimler yang dihantar kepada 800,000 orang pemilik Mercedes yang terjejas.

Daimler kemudian mengesahkan kesahihan surat tersebut, dengan menyebut kempen recall tidak dapat dilakukan pada waktu ini disebabkan ketiadaan komponen yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber: Reuters

Google ads
Back to top button