Buletin

PERMOHONAN MORATORIUM SELAMA 6 BULAN KINI DIBUKA!

Demi mengurangkan beban rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif. 

Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, semua kumpulan B40; M40 dan T20; perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro boleh memohon moratorium selama enam bulan.

Permohonan tersebut dibuka secara rasmi mulai hari ini!

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pemohon tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.

Jurucakap BNM menjelaskan, faedah keuntungan hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

“Bank-bank dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

“Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang.

“Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan iaitu faedah/keuntungan terkompau, atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan,” katanya.

BNM turut memberi jaminan bahawa Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada 2021.

Sementara itu, BNM menerusi kemas kini di laman sosial rasmi mereka pada Selasa memaklumkan terdapat tiga saluran untuk membuat permohonan moratorium iaitu borang web, emel serta panggilan telefon.

Institusi kewangan itu turut menyarankan mana-mana individu yang berdepan kesulitan untuk menghubungi bank masing-masing boleh memaklumkan kepada mereka melalui pautan bnm.my/RAsurvey.Astro Awani

Berikut adalah pautan institusi bank bagi permohonan moratorium:

Google ads
Back to top button