Buletin

PLATFORM DIGITAL TRAS PERMUDAH URUSAN PEMBIAYAAN KERETA

Platform kewangan automotif digital pertama di Malaysia, Tras, dilancarkan hari ini bagi memudahkan urusan pembeli kenderaan dan pengedar dalam mendapatkan pembiayaan dengan lebih pantas serta selamat.

Tras, yang diuruskan oleh EON Capital Sdn Bhd, membolehkan pelanggan memohon pembiayaan daripada tiga bank rakan niaga serentak melalui satu aplikasi.

Menurutnya, kelulusan boleh diperoleh seawal 30 minit, bergantung kepada kelengkapan dokumen.

Ketua Pegawai Eksekutif EON Capital, Kazrin Khairul Anuar, berkata Tras direka untuk memudahkan pelanggan membuat perbandingan pakej pinjaman, selain membantu pengedar melalui integrasi dengan sistem pengurusan pelanggan EON.

Platform ini turut menampilkan “CarCulator”, iaitu alat pintar yang mengira ansuran bulanan dan mencadangkan model kereta mengikut kemampuan kewangan pelanggan.

Selain itu, pelanggan juga boleh melanggan Program Jaminan Lanjutan sehingga dua tahun selepas tamat waranti asal pengeluar.

Sebagai tawaran pengenalan, Tras menawarkan kadar pembiayaan serendah 1.79% bagi kereta terpilih serta diskaun 10% untuk Jaminan Lanjutan bagi model Proton bukan EV, Mitsubishi, Audi dan Volkswagen melalui pengedar EON.

Promosi berlangsung hingga 16 September 2025, dengan jaminan keputusan pinjaman dalam masa 24 jam atau pelanggan menerima pampasan RM50 kredit e-dompet TNG.

Pelancaran Tras disempurnakan oleh Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, dengan kehadiran wakil-wakil bank dan rakan perniagaan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di Tras.my.

Google ads
Back to top button