
PORSCHE TAYCAN TURBO GT CATAT MASA SUKU BATU TERPANTAS DI SYDNEY DRAGWAY!
Porsche Taycan Turbo GT mencatat sejarah di Sydney Dragway apabila berjaya merekodkan pecutan suku batu (quarter mile) dalam masa 9.083 saat.
Catatan itu direkodkan dengan kelajuan tertinggi 156.61 bsj (252.04 km/j) semasa acara drag malam Rabu, yang terbuka kepada orang ramai.
Pencapaian ini dipercayai sebagai masa terpantas pernah dicatatkan oleh kereta produksi tanpa ubah suai di trek drag Australia.
Had Laju IHRA dan Payung Terjun

Kelajuan berkenaan turut melepasi had yang ditetapkan oleh International Hot Rod Association (IHRA), iaitu 150 bsj (241.4 km/j).
Menurut peraturan, semua kenderaan yang melebihi had ini diwajibkan menggunakan payung terjun. Namun, Taycan Turbo GT hanya melakukan demonstrasi tanpa sebarang pengubahsuaian.
Kuasa Maksimum Taycan Turbo GT

Dengan sistem kawalan mula pandu (launch control), Taycan Turbo GT mampu menghasilkan sehingga 760 kW kuasa overboost.
Lebih mengujkan, untuk tempoh dua saat, pemandu boleh menikmati lonjakan kuasa sehingga 815 kW.
Keupayaan ini meletakkannya sebagai kereta jalan raya paling berkuasa dan kenderaan elektrik paling laju pernah dihasilkan Porsche.
Kehadiran di Sydney Dragway

Kemunculan Taycan Turbo GT di Sydney Dragway memberikan satu perbandingan yang unik.
Ia tampil di ‘habitat’ yang biasanya dikuasai jentera V8 ubah suai serta kereta drag khusus, namun berjaya menunjukkan kuasa dan prestasi sebenar sebuah jentera elektrik.
Simbol Masa Depan Prestasi

Seiring usaha Porsche menerajui elektrifikasi, Taycan Turbo GT menjadi bukti nyata bahawa nadi prestasi masih hidup dan terus berkembang lebih pantas berbanding sebelumnya.
Matlamat demonstrasi ini adalah untuk memperlihatkan sifat sebenar prestasi Porsche serta menonjolkan bagaimana inovasi elektrik sedang mengubah cara dunia automotif mentakrif kelajuan, kuasa dan potensi.




















