" "
Artikel Pilihan

HANYA SEBUAH PORSCHE DAKAR DIGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH PEMILIK – INI BARU REAL

Dengan harga yang mencecah suku juta USD dan jumlah pengeluaran dihadkan kepada 2,500 tentu ramai yang menyangka Porsche Dakar akan menghuni garaj-garaj mewah golongan hartawan di seluruh dunia. Namun rupanya ada satu unit yang menjalani hidup yang sesuai dengan namanya. Ini nama Dakar tapi tak pernah dipandu keluar dari ibukota. Memang tak kena langsung la.

Porsche sendiri seharusnya berbangga dengan Porsche Dakar ini dan pemiliknya yang telah dipandu dari Vietnam ke Mongolia dan balik semula dengan menempuh jarak ribuan kilometer.

Pemiliknya ialah seorang warga Vietnam bernama Nguyen Hoang Anh yang telah menunggu selama setahun sebelum menerima sebuah 911 Dakar berwarna perak. Ia merupakan unit Dakar pertama dijual di Vietnam dan tanpa berlengah, beliau terus memandunya ke Mongolia. Ini baru betul semangat Dakar. Bukan beli kemudian pergi tayang kat Pavilion.

Pada 19 September 2023, Nguyen dan dua orang sahabat, seorang memandu trak pikap dan seorang lagi dengan SUV memulakan perjalanan dari Ho Chi Minh City dan bergerak menyeberangi Laos dan terus ke sempadan China.

Tidak memilih bandar-bandar moden di China, Bguyen sebaliknya memilih laluan yang leih mencabar dan tidak pernah dilalui oleh mana-mana 911 sebelum ini. Sudah tentu ia bukan jalan terbaik tapi itulah tujuan 911 Dakar dihasilkan.

Selepas meneroka tanah tinggi Tibet, Nguyen dan rakan-rakan akhirnya tiba ke Gurun Gobi. Mereka kemudian meneruskan pengembaraan dengan pendakian 15,000 kaki sewaktu merentasi Khunjerab Pass di Pakistan. Hanya beberapa minggu sebelum laluan tersebut ditutup kerana musim dingin.

Di Mongolia, buat kali pertama 911 Dakar tersebut mendapat masalah bila dua tayarnya bocor selepas terlanggar batuan tajam. Tiada masalah sangat sebab Nguyen sudah bersedia dengan tayar gantian dari awal.

Nguyen berjaya tida ke Mohe di sempadan Russian yang merupakan bandar paling sejuk di China. Ia dipenuhi salji dan merupakan penamat kepada kembara Porsche 911 Dakar ini. Selepas berjaya mengharungi perjalanan sejauh beribu kilometer. Mereka akhirnya berpatah kembali ke Vietnam.

Google ads
Back to top button