Artikel Pilihan

KERETA-KERETA CIPTAAN PORSCHE TAPI TANPA LOGO PORSCHE – ADA YANG MAMPU MILIK GAIS

Porsche merupakan pengeluar kenderaan terkenal dengan sejarah yang panjang melebihi satu abad. Bermacam jenis kereta ikonik pernah dihasilkan mereka tapi ada antaranya kurang dikenali tapi ia merupakan hasil air tangan Porsche dan tidak dipasarkan sendiri oleh Porsche.

Syarikat terkenal dari Stuttgart ini pernah menawarkan kepakaran mereka kepada pelbagai sayrikat automotif baik di Eropah mahupun Amerika Syarikat. Model-model yang pernah dihasilkan mereka merangkumi pelbagai kategori baik hot hatch, bas malah motosikal. Jom kita tengok beberapa model ciptaan Porsche tanpa logo ataupun perisai Porsche.

SEAT IBIZA GENERASI PERTAMA

Seat Ibiza mungkin kurang popular di sebelah sini tapi ia cukup popular di Eropah. Model kompak ini sudah wujud selama lebih empat dekad dan model pertama yang dilancarkan pada 1984 di Paris Motor Show memang menerima DNA kejuruteraan Porsche. Bahagian mana menerima DNA Porsche. Jangan terperanjat kerana enjinnya sendiri adalah hasil air tangan Porsche dan sebab itulah ia mempunyai lencana “System Porsche” pada blok enjinnya.

SEAT harus membayar kepada Porsche untuk menggunakan logo tersebut. Okeylah kan, logo itu sebenarnya bukti sumbangan syarikat terkenal tersebut.

VOLKSWAGEN VANAGON (PORSCHE B32)

Porsche B32 ialah spesis rare van VW yang biasa kita kenali sebagai Transporter. Ia dipasarkan di AS dengan nama Vanagon dan merupakan generasi ketiga VW (T3). Vanagon ini sebenarnya lebih mewah dengan enjin flat-six yang dipinjam daripada Carrera. Ia turut menggunakan beberapa lagi komponen buatan Porsche seperti sistem brek dan suspensi.

B32 ni sebenarnya dihasilkan Porsche sebagai model ujian pada pertengahan tahun 80 an. Ia juga berfungsi sebagai kenderaan pengangkutan untuk staf-staf mereka. Hanya 10 unit dihasilkan dan sesiapa yang memilikinya memang sangat bertuah sebab ia memang mempunyai nombor VIN Porsche.

AUDI RS2 AVANT

Inilah rahsia sebenar kehebatan Audi RS2 Avant. Ia sebenarnya adalah hasil kolaborasi antara Audi dan Porsche dan menjadikan enjin lima selinder turbonya lebih berkuasa. Mengikut perancanan awal hanya 2,200 unit bakal dikeluarkan tapi sebab ianya laku keras jumlahnya ditambah kepada 2,891.

SUBARU LEGACY B4 BLITZEN

Legacy varian ini jarang didengar dan ia hanya dipasarkan di Jepun sekitar tahun 2000-2003. Ia merupakan varian full spec Subaru Legacy dan Blitzen adalah hasil kolaborasi Subaru dan anak syarikat Porsche, Porsche Design. Sumbangan Porsche Design meliputi rekaan badan dan roda termasuk pilihan cat. Malah bahagian dalam juga turut menerima sentuhan Porsche Design.

Paling menonjol pada Blitzen semestinya ialah spoiler belakang bentuk split yang juga merupakan idea dari Porsche Design. Mantap ah!

RENAULT CLIO V RS (PHASE 2)

Ini memang varian Renault Clio paling diminati ramai peminat Clio di seluruh dunia. Ia mula dipasarkan pada 2001 dengan suntikan kejuruteraan TWR. Penglibatan Porsche bermula dengan Phase 2. Porsche bertanggungjawab melaras kembali enjin V6 Clio dan berjaya menaikkan kuasa maksima dari 227 ke 252 hp. Phase 2 menjadi hot hatch paling berkuasa di dunia semasa dilancarkan. Power siak!

OPEL ZAFIRA A / CHEVROLET NABIRA

Dibangunkan pertengahan tahun 90an semasa MPV tengah hot. Opel Zafira ataupun juga di kenali dengan nama Chevrolet Nabira di Malaysia adalah sebuah MPV kompak yang praktikal. Ia sangat ideal untuk menghantar anak ke sekolah ataupun memunggah barangan di kawasan bandar dan pinggir bandar. Porsche bertanggung jawab membangunkan generasi pertama Zafira A dan dipasarkan dari 1999 ke 2005.

Kebanyakan alat ganti diambil terus dari model Opel Astra dan Porsce terlibat dalam rekaan Zafira ataupun Nabira ni. Hasil air tangan Porsche bukannya sedikit untuk model untuk model ini kerana mereka membangunkan chasis, sistem suspensi dan barisan tempat duduk belakang yang istimewa dinamakan “Flex 7” yang terkenal tu. Ia boleh dilipat sepenuhnya dan disorok ke dalam bahagian lantai kenderaan.

Zafira merupakan model pertama yang mempunyai sistem tempat duduk seperti ini. Malah Proton turut memggunakan tempat duduk Flex 7 ini sebagai inspirasi sewaktu membangunkan Exora.

Inilah peluang kalau nak beli MPV dengan air tangan Porsche tapi dengan harga rahmah. Tapi jangan terkejut dengan harga alat gantinya deh.

Google ads
Back to top button