Artikel PilihanBuletin

PROTON EMAS 5 MUNCUL DI BANGKOK INTERNATIONAL MOTOR SHOW. EHHH

Seperti yang diketahui umum, Geely iaitu rakan kongsi Proton telah mengumumkan untuk meneroka pasaran Thailand walaupun sebelum ini pasaran Asia Tenggara khususnya pasaran pemanduan sebelah kanan adalah dikhususkan untuk Proton

Apatah lagi Geely telah memberi komitmen bahawa jenama Proton akan menjadi salah satu jenama dominan di Asia Tenggara. Di Bangkok International Motor, selain melancarkan Geely EX5 (ataupun Proton e.MAS 7), reruai pameran Geely turut mempamerkan sebuah lagi SUV kompak elektrik yang lebih kecil

Dengan panjang mencapai 4135mm dan lebar 1805mm, saiz Geely Star Wish adalah lebih kurang dengan Proton X50. Namun berbeza dengan Proton X50 yang dibina dengan platform BMA, Geely Star Wish dibina dengan menggunakan platform baru dikenali sebagai Global Intelligent New Energy Architecture atau GEA

Platform ini merupakan platform yang didedikasi khas untuk kegunaan kereta elektrik, menggunakan bateri LFP yang dibangunkan CATL. Bagi varian permulaan, ia akan dipadankan dengan bateri bersaiz 30.12kWh dan menggunakan motor elektrik pacuan depan yang menjana 79PS dan 130Nm tork.

Satu lagi pilih bateri ialah 40.16kWh yang dipadankan dengan motor elektrik pacuan roda depan yang menjana 116PS dan 150Nm tork. Varian terendah menawarkan jarak perjalanan sehingga 310km manakala varian dengan bateri besar boleh dipandu sejauh 410km (CLTC)

SUV elektrik segmen B ini menggunakan trenkuasa 11-in-1 yang mengintegrasikan motor elektrik, sistem pengurusan suhu dan sistem sokongan yang lain dalam satu unit modul kompak serta menawarkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik yang bagus

Ini membolehkan semua komponen di ruang depan disusun dengan lebih kemas serta mampu menawarkan ruang kargo sebesar 20 liter, cukup untuk menyimpan kabel pengecasan dan juga barang keperluan lain. Ruang kargo belakang pula menawarkan kapasiti sehingga 375 liter dan boleh dibesarkan menjadi 1320 liter apabila kusyen belakang dilipat

Bagi model yang dipamerkan, Geely Starwish dipasang dengan rim 16 inci, lampu depan dan belakang LED, lampu kabin LED dengan pilihan 256 warna, meter digital 8.8 inci, skrin mulrimedia 14 inci, dan ciri V2L dengan kapasiti sehingga 3.3 kW

Google ads
Back to top button