
PROTON SAGA RANGKUL ANUGERAH “COMPACT SEDAN OF THE YEAR” 2017
PROTON Holdings Berhad menerima satu lagi pengiktirafan bagi Proton Saga dengan memenangi Anugerah ‘Compact Sedan of the Year’ anjuran Drive Safe and Fast dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.
Saga generasi ketiga yang dilancarkan pada 28 September 2016 kekal dengan DNA-nya sebagai kereta rakyat dengan menjadi kereta sedan yang paling mampu dimiliki di negara ini. Acara tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
BACA: SAGA, KERETA BERJIWA MALAYSIA
BACA: TAHUKAH ANDA SAGA JALANI SIMULASI 3 JUTA KM SEBELUM DIBINA?
“Kami amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini. Saga baharu ini telah menerima pelbagai penambahbaikan, peningkatan dan penghalusan sejak ia diperkenalkan pada 1985. Pelanggan boleh merasai ruang yang lebih senyap hasil pengurangan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang telah dilakukan, reka bentuk yang lebih bergaya, praktikal, berciri keselamatan dan lebih selesa”
“Ini dikira sebagai titik kepada segala usaha yang dilakukan oleh pekerja kami di PROTON untuk memberikan nilai yang terbaik buat pelanggan. Bermula dari RM36,800 untuk varian Standard, ia adalah mampu dimiliki ramai,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
Antara anugerah yang telah diperoleh oleh Proton Saga baharu sejak dilancarkan pada tahun lalu adalah ‘The Rising Star’ oleh ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2016 dan ‘Value for Money Car’ oleh MAI Malaysia Car of the Year 2016.
“Bagi varian 1.3L Premium, ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan canggih seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, kawalan cerun, beg udara, ISOFIX dan top-tether, dengan sensor di depan dan belakang pada harga RM45,800. Kami amat menghargai pengiktirafan dan kepercayaan yang berterusan kepada produk kami dan ini akan terus memberikan insentif kepada kita semua di PROTON untuk bekerja lebih keras untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami,” kata Dato’ Fuaad.
Sepanjang Mei 2017, PROTON sedang menjalankan Kempen 5 Nilai Hebat dengan menawarkan 5 tahun Servis Percuma, jaminan 5 tahun atau 150,000km (yang mana terdahulu) dan Bonus Perayaan RM500. Pemilik kereta Proton juga boleh menikmati Bonus Kesetiaan tambahan sebanyak RM1,000 kepada promosi sedia ada untuk pembelian kereta baharu Proton, yang juga tertakluk kepada ahli-ahli keluarga terdekat pemilik Proton yang berdaftar. Bonus istimewa kepada para guru dan jururawat bernilai RM500 turut diberikan. Promosi istimewa untuk kerusi kanak-kanak bernilai RM1,000 juga boleh dibeli dengan harga promosi RM299 dengan mana-mana pembelian kereta Proton.
Untuk maklumat lanjut mengenai Proton Saga baharu dan promosi perayaan pada bulan Mei, hubungi Khidmat Pelanggan PROTON, 1800 888 398 atau emel customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari media sosial rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau instagram @ProtonCars. Bagi kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih MyProton di Google Play dan Apple App Store.