Buletin

DJ KHALED JADI SELEBRITI TERBARU SUMBANGKAN SUARA UNTUK NAVIGASI WAZE

Dikenali sebagai individu yang sentiasa berkongsi nasihat di dunia maya, kini DJ Khaled akan membawa kata-kata emasnya terus kepada para pengguna Waze: sebagai suara navigasi selebriti terbarunya.

Platform pemanduan harian yang membantu pemandu mengatasi kesesakan trafik dan Deezer, perkhidmatan penstriman muzik global mengumumkan bahawa suara DJ Khaled sudah boleh didapati di seluruh dunia dalam aplikasi Waze mulai hari ini hingga ke akhir bulan Jun.

Ini sempena meraikan pelancaran album terbaru DJ Khaled, Father of Asahd.

Suara DJ Khaled ditawarkan secara eksklusif untuk Waze oleh Deezer akan menemani para pengguna sepanjang perjalanan mereka. Pangguna juga dapat mendengar kata-kata nasihat seperti ‘Stay focused’, ‘Don’t play yourself’ dan ‘The top’s off the maybach!

“Kami sangat teruja untuk melancarkan suara DJ Khaled bersama rakan-rakan di Deezer. DJ Khaled mempunyai suara yang paling dikenali dalam industri muzik dan disukai oleh lebih 115 juta pengguna di seluruh dunia,” kata Ketua Perkongsian Global Waze, Adam Fried.

Waze dan Deezer mula bekerjasama sejak tahun lalu apabila ia menjadi rakan Waze Audio Player.

Deezer ialah pemain audio binan dalam yang membolehkan pemandu mendengar muzik, podcast, buku audio, berita dan sebagainya semasa memandu memandu.

Suara DJ Khaled boleh didapati di Waze untuk waktu terhad sahaja. Jangan lupa kemas kini navigasi suara anda hari ini melalui Tetapan > Suara Arah > DJ Khaled dan dengarkan Father of Asahd pada 17 Mei.

Tags
Google ads
Back to top button