Buletin

PUSAT 4S VOLKSWAGEN PUCHONG DILANCARKAN

Volkswagen Malaysia dan Swire Motors hari ini melancarkan pusat 4S Volkswagen Puchong yang juga merupakan Pusat Servis Technikal Volkswagen yang ketiga di negara ini.

VW-Puchong-4S- Centre-mekanika (1)

Pusat 4S ini mampu memenuhi keperluan para pemilik kenderaan Volkswagen  dari segi jualan hinggalah selepas jualan yang melibatkan servis umum & pantas, pembaikan akibat kemalangan, badan dan cat, selain diagnostik dan pembaikan utama.

Memiliki keluasan mencecah 92,000 kaki persegi, Pusat 4S Volkswagen Puchong kini mempunyai 24 ruang penyelenggaraan dan boleh dikembangkan menjadi 35 ruang pada masa depan. Ia juga memiliki bilik pameran Volkswagen paling besar yang boleh mempamerkan 15 buah kenderaan dan dua ruang penyerahan kereta.

VW-Puchong-4S- Centre-mekanika (22)

Sebagai usaha untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, Pusat 4S Volkswagen Puchong dikendalikan oleh 30 orang kakitangan selepas jualan yang berpengalaman dan terlatih.

Swire Motors telah melabur sebanyak RM20 juta untuk pemilikan tanah, membina bangunan, membeli peralatan yang diluluskan oleh Volkswagen, menyediakan kemudahan, serta melantik dan melatih semua kakitangannya.

VW-Puchong-4S- Centre-mekanika (24)

Sebanyak 70% pelaburan itu digunakan bagi tujuan selepas jualan, manakala baki 30% dilaburkan dari segi jualan.

Pusat 4S Volkswagen Puchong merancang untuk menyediakan ruang servis ekspres pada masa akan datang. Selain servis serta pembaikan kecil dan besar, perkhidmatan lain yang turut disediakan termasuklah penjajaran tayar, servis pendingin hawa, pembaikan akibat kemalangan, badan dan cat serta aksesori.

VW-Puchong-4S- Centre-mekanika (17)

“Ini merupakan Pusat Teknikal Volkswagen yang ketiga dilancarkan dalam tempoh setahun.  Tahun ini akan menjadi tahun di mana Volkswagen Malaysia memberi fokus untuk meningkatkan pengalaman pemilikan buat semua pelanggan,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Pusat 4S Volkswagen Puchong beroperasi mulai Isnin hingga Sabtu dari jam 8:30am hingga 6:00pm dan dari jam 9:00am hingga 6:00pm pada hari Ahad dan cuti umum untuk bilik pamerannya.

VW-Puchong-4S- Centre-mekanika (19)

Bagi perkhidmatan selepas jualan pula, ia beroperasi mulai Isnin hingga Sabtu dari jam 8:00am hingga 8:00pm. Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah lounge dilengkapi empat buah komputer untuk kegunaan pelanggan, TV dengan pelbagai saluran Astro, sebuah kafe dan WIFI berkelajuan tinggi.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button