Buletin

MENANG MINYAK RM30,000 DENGAN CALTEX!

Chevron Malaysia Limited (Chevron) hari ini mengumumkan 46 orang pemenang pertama peraduan Caltex Big Fuel Giveaway yang bermula pada 1 Disember 2015.

Caltex-Big-Fuel-Giveaway-2016-mekanika (1)

Seramai tiga orang pemenang hadiah utama membawa pulang hadiah minyak bernilai RM10,000. Sementara sepuluh pemenang lain menerima wang tunai sebanyak RM5,000.

30 orang pemenang menerima kad StarCash bernilai RM300. Manakala tiga orang pelanggan setia kad Caltex JOURNEYTM dan BCARD dihadiahkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 5 setiap seorang.

“Kami menerima jumlah penyertaan yang amat memberangsangkan. Kini, kami sedang mencari 46 orang lagi pemenang baru!” kata Naib Perngurus Besar Chevron Malaysia, Jeff Tan Meng Yih.

Para pelanggan Caltex mempunyai sebulan lagi sebelum peraduan ini tamat pada 29 Februari 2016. Anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti minyak percuma bernilai RM30,000, wang tunai RM50,000 kad StarCash RM9,000 dan tiga unit Samsung Galaxy Note 5.

Anda hanya perlu membeli minyak RM40 di mana-mana stesen minyak Caltex di seluruh negara untuk memenangi hadiah cabutan bertuah setiap bulan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.caltex.com.my

Google ads
Back to top button