Buletin

PUSAT PAMERAN 3S VESPA DAN APRILIA DIBUKA DI MELAKA 

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Vespa dan Aprilia di Malaysia dengan rasminya membuka pusat pameran bertaraf 3S Vespa dan Aprilia di Klebang, Melaka menerusi Zen Sports Sdn Bhd. 

Pembukaan pusat jualan dan pameran terbaru itu membolehkan peminat Vespa sekitar Melaka untuk menikmati tawaran penuh dari motosikal, servis selepas jualan secara komprehensif. 

Dalam pada itu Pengurusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo menyifatkan pembukaan pusat pameran 3S Vespa dan Aprilia ini juga terus mengukuhkan rangkaian Vespa dan skuter Aprilia.

Menariknya, Zen Sports telah menerapkan identiti korporat sama yang diperkenalkan Piaggio sekaligus menjaminkan pelanggan yang hadir menikmati pengalaman yang terbaik. 

Untuk rekod, ini adalah pertama kalinya pusat pameran bertaraf 3S bagi jenama Vespa dan Aprilia dibuka di Melaka. 

Google ads
Back to top button