Buletin

EON CAR-NIVAL FEST 2023 TAWAR PELBAGAI PROMOSI, ADA SESI PANDU UJI JUGA! – BERLANGSUNG 16 DISEMBER 2023

Sempena hujung tahun, sudah tentu ada pelbagai promosi ditawarkan kepada anda dan untuk itu, EON dengan kolaborasi bersama Maybank, menganjurkan EON Car-nival Fest 2023.

Berlangsung pada 16 Disember di EON Head Office di Glenmarie, acara berkenaan bermula dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang.

Luangkan hujung minggu anda di EON Car-nival Fest 2023, di mana ia memaparkan yang terbaik daripada PROTON, Mitsubishi, Volkswagen serta Audi.

Antara aktiviti menarik di EON Car-nival Fest 2023 yang boleh anda sertai adalah seperti sesi pandu uji, pemeriksaan kereta secara percuma, tawaran hadiah menarik, tukar-beli dan pelancaran ekslusif Triton SE.

Untuk promosi Proton X50, EON menawarkan penjimatan sehingga RM7,800 termasuk power tailgate percuma (bernilai RM3,000) dan security tint film percuma (bernilai RM1,800).

Selain itu, anda juga berpeluang menerima diskaun tunai sebanyak RM3,000 apabila mendaftar Proton X50 Anniversary bermula 1 November hingga 31 Disember 2023.

Untuk model Triton AT Premium, EON ada memberi rebat sebanyak RM9,000 dan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan.

Sementara, anda boleh menerima rebat RM7,000 bagi model Triton Athlete serta jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan dan penyenggaraan secara percuma selama dua tahun.

Bukan itu sahaja, model Volkswagen turut hadir dengan promosi menarik di mana anda boleh mendapat penjimatan sehingga RM23,000 termasuk 7 tahun penyelenggaraan percuma, jaminan perbatuan tanpa had 5 tahun dan 5 tahun bantuan tepi jalan.

Bagi pelanggan Audi, anda turut berpeluang memenangi percutian selama 3 hari 2 malam ke Langkawi untuk dua orang.

Sekiranya anda menerima penyerahan kereta sehingga 31 Disember 2023, ia sekali gus melayakkan anda menyertai cabutan bertuah tersebut.

Untuk makluman, hadiah ini termasuk penginapan, tambang penerbangan pergi dan balik.

Tertakluk terma dan syarat.

Google ads
Back to top button