" "
Artikel Pilihan

TRD 2000GT – EPITOMI KEJAYAAN TOYOTA DALAM JGTC

Inilah contoh kereta yang membuatkan kita terkenang kembali dekad 90 an yang cukup bermakna. Ia tiada kaitan dengan perlumbaan mencari kuasa kuda tertinggi ataupun catatan masa terbaik 0-100 kmj. Ada kereta lain yang lebih sesuai untuk tujuan tersebut dan TRD 2000GT ini lebih kepada ‘kegilaan’ pengeluar untuk menghasilkan sebuah kereta yang tidak sepatutnya wujud di atas jalan raya awam.

Ia merupakan projek khas cabang perlumbaan Toyota yang lebih dikenali dengan nama TRD ataupun Toyota Racing Development (okey jadi lepas ni jangan tampal pelekat TRD kat Nissan Almera ataupun Proton Wira Aeroback mak korang). TRD 2000GT ialah asil program modifikasi dan tuning khusus untuk pemilik MR2 SW20 terpilih. Ia dilengkapkan dengan kit badan wide body replika yang sama dengan TRD2000GT yang bersaing dalam perlumbaan JGTC.

Untuk memastikan ciri eksklusiviti, kos yang tinggi perlu dibayar pemilik dan mereka hanya mahukan 35 unit SW20 sahaja. Proses modifikasi dilakukan oleh Toyota Technocraft Ltd. Dan setiap kereta terpilih dengan dilengkapkan dengan kit gentian kaca yang ringan selain identiti baharu dengan nombor VIN TRD khas yang dirivet ke badan kereta.

Bukan hanya luaran tapi setiap kereta juga dinaik taraf menggunakan alat-alat ganti keluaran TRD berdasarkan spesifikasi yang dipilih oleh pengguna. Kebanyakan model yang telah siap menjalani proses modifikasi meninggalkan kilang dengan kuasa yang lebih tinggi hasil penggunaan komponen TRD. Bahkan ada yang mempunyai kuasa maksima 500 hp semasa keluar dari kilang.

Komponen suspensi juga turut dinaik taraf akan lebih sesuai dengan peningkatan kuasa baharunya. Itu belum capur komponen lain seperti anti-roll bar TRD da nada yang dilengkapkan dengan sistem suspensi yang lengkap dengan EDFC.

SW20 standard pun dah begitu memikat inikan pula kalau dapat TRD 2000GT yang original.

Google ads
Back to top button