
RASMI: AVETA MARVEL 150 LANCAR DI MALAYSIA – RM7,988
AVETA membawa kelainan pada pasaran motosikal tempatan dengan pelancaran Marvel 150, sebuah motosikal mini-moto yang diilhamkan dari model dengan rekaan sama yang pernah ditawarkan di Malaysia beberapa tahun lalu.

Marvel 150 diangkat sebagai motosikal ‘fun-bike’ kerana saiznya yang kecil menawarkan pengalaman menunggang yang lebih mengujakan.
Meskipun bergaya klasik namun Marvel 150 tetap dilengkapi dengan ciri moden antaranya cakera brek depan dan belakang, fork USD, pencahayaan LED depan dan belakang serta pengecas USB Type-A.

Meskipun bersaiz kecil namun pengalaman menunggang Marvel 150 ini mirip motosikal dengan klac.
Atas kertas, Marvel 150 ini digerakkan enjin satu silinder 149cc yang berupaya menjana 10.6hp pada 7,900rpm dan 11.5Nm pada 5,500rpm.

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk fork USD, penyerap hentak belakang berkembar, rim 12-inci, cakera brek dan tangki bahan api berkapasiti 8.2L
GALERI: AVETA MARVEL 150



















