
BOSCH MOBILITY AFTERMARKET TERIMA PENSIJILAN SIRIM QAS BAGI RANGKAIAN MINYAK ENJIN
Bosch Mobility Aftermarket (MA) kini melangkah setapak ke hadapan dalam memastikan kualiti produk minyak enjinnya apabila menerima pengiktirafan rasmi daripada SIRIM QAS International.
Pensijilan ini menandakan pematuhan terhadap keperluan baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Perintah Perihalan Perdagangan (Pensijilan dan Penandaan Minyak Enjin untuk Kenderaan Bermotor) 2024.
Langkah ini sekali gus memperkukuh usaha untuk menjamin mutu pelincir di pasaran serta melindungi pengguna daripada produk tiruan dan tidak menepati piawaian.
Pengarah Perniagaan Negara Bosch Mobility Aftermarket Malaysia, Dillion Goh berkata, pengiktirafan daripada SIRIM QAS ini membuktikan komitmen syarikat terhadap standard keselamatan dan kualiti yang tinggi di pasaran tempatan.

Sebagai badan standard dan akreditasi kebangsaan, SIRIM memainkan peranan penting dalam memastikan produk yang diuji dan diperakui menepati tahap keselamatan, kualiti serta pematuhan peraturan yang ketat.
Pensijilan SIRIM QAS International turut selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf.
Pensijilan ini hadir tepat pada masanya, seiring dengan kempen “Driver’s Choice: Ask for Bosch” yang sedang giat dijalankan oleh Bosch Mobility Aftermarket untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai pentingnya penggunaan produk tulen dan berkualiti.
Usaha ini juga selaras dengan penguatkuasaan KPDN menjelang akhir Oktober 2026 yang mewajibkan semua produk pelincir di pasaran memiliki pensijilan SIRIM.

Antara produk minyak enjin Bosch yang telah diperakui termasuk:
Untuk Enjin Petrol:
- Bosch Premium X7 SAE 0W-20 (4L) – Fully Synthetic, ILSAC GF-6A
- Bosch Premium X7 SAE 5W-30 (4L) – Fully Synthetic, ILSAC GF-6A
- Bosch Premium X7 SAE 5W-40 (4L) – Fully Synthetic
- Bosch Mega X6 SAE 10W-30 (4L) – Semi Synthetic
- Bosch Mega X6 SAE 10W-40 (4L) – Semi Synthetic
Untuk Enjin Diesel:
- Bosch Mega D6 SAE 15W-40 (6L / 1L) – Mineral
Kesemua minyak enjin Bosch direka bagi menawarkan prestasi optimum, melindungi komponen penting enjin, mengurangkan kehausan serta mencegah pembentukan mendapan dan kakisan.
Ia turut memenuhi piawaian API SP & SN bagi enjin petrol serta API CI-4 untuk enjin diesel.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk minyak enjin Bosch, pengguna boleh melayari laman rasmi Bosch Aftermarket Malaysia atau mengunjungi kedai rasmi Bosch Autoparts di Shopee.
- BACA: PASARAN AUTOMOTIF INDONESIA GOYANG, PELABUR SIAP SEDIA LARI
- BACA: DENZA N8L DILANCARKAN DI CHINA – JARAK GERAK ELEKTRIK 230KM, HARGA BERMULA RM199K
- BACA: NISSAN SKYLINE 400R LIMITED DEBUT DI JEPUN – INFINITI SAHKAN SEDAN RWD BAHARU AKAN DATANG
- BACA: BYD K-CAR DILANCAR TAK LAMA LAGI DI JEPUN – ANGGARAN HARGA RM61K



