Motosikal

RASMI: TRIUMPH SCRAMBLER 400 XC MENDARAT DI MALAYSIA MAC INI – RM34,200

Triumph Motorcycles Malaysia mengumumkan bahawa Triumph Scrambler 400 XC yang dilancarkan di pasaran global tahun lalu akhirnya akan tiba di Malaysia pada Mac tahun ini. 

Triumph Motorcycles Malaysia dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa keluarga Scrambler 400 itu sudah boleh ditempah dengan harga jualan RM34,200

Perbezaan utama antara Scrambler XC dan Scrambler 400 X terarah pada sudut kosmetik bermula dengan penggunaan rim jenis spoked (lidi) aluminium dari Excel. Rim tersebut juga membenarkan penggunaan tayar jenis ‘tubeless’.

Penggunaan rim lidi itu secara langsung mewujudkan rupa keseluruhan yang lebih agresif dan lasak berbanding Scrambler 400 X. Namun begitu, penggunaan tayar 19-inci depan depan 17-inci belakang masih lagi dikekalkan.

Fork depan jenis terbalik (upside/down) 43mm dan monoshock belakang masih lagi sama dengan jarak gerak 150mm.

Selain itu, versi XC ini juga datang dengan fender depan yang lebih tinggi termasuk pelindung lampu (headlight cowl). Triumph juga memasang ‘bash plate’ secara standard.

Dalam pada itu, gabungan warna dua tona juga menghasilkan gaya scrambler tahun 70an.

Sementara itu, Scrambler 400 XC ini masih lagi digerakkan enjin satu silinder 398cc DOHC yang berupaya menjana 39.5hp pada 8,000rpm dan 37.5Nm pada 6,500rpm.

GALERI: TRIUMPH SCRAMBERL 400 XC

Google ads
Back to top button