Motosikal

MFORCE BELI TANAH SELUAS 8 PADANG BOLA, PERSIAP PUSAT R&D DAN LITAR UJIAN SENDIRI

Baru-baru ini MForce Bike Holdings mencuri tumpuan apabila merasmikan pembukaan pusat servis dan pameran terbesar di Malaysia yang bertempat di Segambut, Kuala Lumpur. 

Pusat servis dan pameran berkeluasan 77,000 kaki persegi itu menelan belanja hampir RM40 juta dan menawarkan fasiliti yang meluas antaranya pusat servis, jualan alat ganti, pusat pameran serta tempat penyimpanan alat ganti. Menariknya, pusat servis tersebut turut menawarkan 16 service bay. 

Meskipun sudah berbelanja besar, nampak gayanya MForce tidak bercadang untuk berhenti disitu. 

Kami difahamkan bahawa MForce juga sudah selesai membuat pembelian besar bagi sebidang tanah seluas di Pulau Pinang berhampiran dengan lokasi kilang utama. 

Menurut sumber, tapak berkeluasan 14 ekar (atau lapan padang bola sepak) itu akan menempatkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta litar ujian. 

Perkembangan terbaru ini membuktikan bahawa MForce ada perancangan besar bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah antarabangsa. Untuk rekod, pada penghujung tahun lalu, MForce turut merasmikan pembukaan pusat pameran di Vietnam. 

Ketika ini maklumat penuh masih belum didedahkan tapi kami akan bawakan perkembangan dari semasa ke semasa. 

Google ads
Back to top button