Artikel Pilihan

REALITI COPY ORI GRED AAA. CANTIK BELUM TENTU SELAMAT

Sekitar 8 tahun lepas, rim aloi OEM milik kereta penulis telahpun gelong atau dalam bahasa mudah tidak lagi bulat sepenuhnya. Kesannya ialah pada halaju yang tinggi, tayar akan bergoyang bukan pada paksinya dan menyebabkan gegaran sehingga boleh dirasai di bahagian stering. Kesannya jika memandu melebihi 100km/jam, dia punya gegar macam rasai naik mesin padi.

Jadi penulis buat trade in dengan sebuah kedai tayar bagi satu set rim copy original Taiwan. Nampak cantik macam Mini Cooper pakai. Tapi malangnya lepas terlanggar lubang sedalam 8cm pada halaju 30km/j, rim tersebut bengkok selepas 2 bulan. Sakit betul hati, duit dah habis masalah tak selesai. Penulis pergi semula ke kedai tayar tersebut dan membeli rim OEM original Myvi Lagi Best Taliban Kuning yang baru dijual di kedai tersebut.

Walaupun lebih berat sedikit berbanding dengan rim copy original Taiwan, rim OEM Myvi tersebut bertahan sehinggalah penulis menjual kereta pada tahun 2015. Isu ini dibangkitkan semula oleh Tn Azad Jasmi melalui perkongsian beliau di Facebook.

Komponen Kenderaan Tiruan

Azad Jasmi l 21 Feb 201

Berhati-hati lah di dalam pemilihan komponen kenderaan. Contoh yang ingin saya berikan ialah rim dan juga “Brake Calipers” serta peralatan yang digunkan untuk berlunba. Keselamatan dan kekuatan komponen perlu diambil kira.

Penulisan ini tanpa prejudis kepada mana-mana penjual atau individu tetapi hanya dengan niat untuk berkongsi sedikit input kepada pengguna agar berhati-hati di dalam membeli barangan dan komponen kenderaan.

1. Sekarang banyak rim tiruan dengan pelbagai jenama dengan meniru bentuk jenama rim terkenal seperti OZ, Speedline, Enkei, Compomotive, BBS dan lain-lain.

2. Ada juga isu “brake” tiruan termasuk juga ada brek “Brembo Taiwan”, “Endless Taiwan”, “AP Racing Taiwan”. Saya dapati ada “Calipers” AP Racing baru dijual dengan harga bawah RM2,000 untuk 4-pot termasuk dengan bracket, disc serta “steel braided hoses”.

3. Pihak pengeluar syarikat menghabiskan jutaan ringgit untuk R&D pelbagai komponen kenderaan seperti rim dan brek. Mungkin brek asal kereta anda hanya “Single-Pot” atau “Twin-pot” tetapi dari tahap ketahanan lebih baik dari “Brembo Taiwan” atau “Endless Tirua ” tadi kerana R&D brek asal perlu melalui pelbagai ujian. Pohon tengok dokumen “Warranty” serta dapatkan Serial Numbers brakes tersebut dan boleh periksa dengan email kepada Website Rasmi setiap jenama tersebut dan hanya membeli dari wakil penjual yang sah.

4. Saya pernah call dah bertanya ini calipers original ke? Dan mereka beritahu ini bukan tiruan tapi dibuat di kilang Taiwan.

5. Tujuan saya berikan maklumat ini adalah untuk pengguna perlu mengambil langkah untuk meletakkan keperluan estetika atau kecantikan kenderaan dibelakang tetapi perlu memfokuskan kepada keaslian dan tahap keselamatan terlebih dahulu.

6. Jangan “compromise” keselamatan. Banyak pengeluar barangan tiruan cuba menarik minat pembeli dengan kecantikan produk semata-mata dan menawarkan produk dengan harga yang murah. Buat lah pilihan yang bijak.

7. Terdapat rim dan brek yang bagus dan cantik tetapi mungkin lebih mahal harganya kerana kualiti. Jika kurang mampu, kekalkan pada yang asli dan elakkan memilih barangan tiruan demi keselamatan. Rim asli dan brek asli keluaran syarikat pengeluar kenderaan telah melalui proses R&D bagi mencapai satu piawaian tertentu.

8. Usah dikaburi mata dengan keenakan warna dan bentuk semata-mata dan juga jenama yang hebat sedangkan ia adalah produk tiruan.

9. Bagi peserta acara bermotor pula, berhati-hati juga dalam pemilihan komponen seperti brake pads, safety belt / harness, steering, tempat duduk, serta pemilihan bahan untuk pembuatan “roll cage” umpamanya.

10. Fikirkan keselamatan anda, keselamatan kenderaan anda dan juga keselamatan penumpang.

11. Semoga kita lebih bijak dan usah mendengar pandangan jurujual semata-mata dan jika anda kurang pasti, anda boleh cuba untuk dapatkan maklumat dari pembacaan “Google” atau bertanya dalam forum-forum kelab kereta, bertanya kepada pautan yang ditulis oleh “motoring journalists”, pusat-pusat servis kenderaan bertauliah, bertanya kepada kenalan yang ada pengalaman di dalam bidang automotif dan permotoran atau juga boleh mencari jenama-jenama pusat servis kenderaan yang membangunkan kenderaan sukan berrmotor di Malaysia

Semoga ada manfaat buat kita hasil perkongsian ini; yang buruk dari saya dan yang baik pasti dari Allah swt. Safety First, Last & Always

Google ads
Back to top button