REMAJA 13 TAHUN JUAL X-BOX DAN HADIAHKAN SEBUAH KERETA UNTUK IBU – HEBAT KAU NAK
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Nevada bukan sahaja menggunakan duit sendiri malah sanggup menjual X-Box miliknya untuk membeli sebuah kereta untuk ibunya. Bila ditanya kepada si ibu, beliau menjawab mungkin anak sulungnya itu mahu ibunya kembali gembira.
Keluarga tersebut dilanda kesusahan dalam hidup dan terpaksa memulakan kembali kehidupan mereka atas sebab yang tidak dinyatakan. Ketika itulah anak sulung Kelly Preston, William muncul sebagai penyelamat.
Walaupun baru berusia 13 tahun William sudah pandai mencari duit poket sendiri dengan mengambil upah membersihkan halaman rumah jiran-jiran di kawasan kediaman mereka. Beliau mendapat inspirasi selepas menonton video dalam talian bagaimana ramai individu memberi kejutan kepada insan tersayang dengan menghadiahkan kereta dan beliau juga mahu melakukannya.
William kemudian menemui satu iklan di laman Facebook tentang sebuah Chevrolet Metro yang hendak dijual oleh pemiliknya. Ia cukup murah dan beliau segera menghubungi pemiliknya seorang wanita. Dengan duit yang tidak mencukupi beliau bertanya sama ada ia boleh ditukar dengan X-Box untuk mencukupkan jumlah harga yang perlua dibayar.
Pada mulanya wanita tersebut enggan menerimanya tetapi selepas itu mengubah fikiran. Impian William kini menjadi kenyataan. William segera pulang ke rumah dan memberitahu ibunya tentang hadiah yang dibelinya. Macam biasa si ibu mesti tak percaya. Ya lah, budak ni baru berumur 13 tahun, lesen memandu pun tak ada lagi. Kalau pakai lesen terbang lagi la kantoi sebab umur tak cukup.
Pemilik asal datang ke rumah keluarga Preston dan membawa William dan ibunya untuk mengambil kereta baru mereka. Memang tak boleh bayang la betapa terperanjat si ibu kerana seorang anak berusia 13 tahun mempunyai jiwa yang sanggup besar sehingga sanggup membeli sebuah kereta untuk ibunya.
Hmm, umur 13 tahun dah terfikir nak menggembirakan hati mak. Biasanya umur macam ni ramai yang menyusahkan hati mak, nak telefon pintar, nak basikal lajak, nak berbini. Hish sebijik macam Abang Japar masa muda tapi masa tu Oppo dan Huawei belum ada lagi.
- BACA: DODGE CHARGER – KERETA PALING DISAYANGI DI AMERIKA SYARIKAT
- BACA: REMAJA BAWAH PENGARUH DADAH CURI BULLDOZER – LENYEK DODGE CHARGER MILIK POLIS PERONDA
- BACA: PENGGUNA IPHONE SUKA HONDA, PEMILIK ANDROID PULA PILIH DODGE – CAMBRIDGE ANALYTICA
- BACA: KERETA-KERETA DENGAN MODIFIKASI ENJIN PALING GILA DI DUNIA