Buletin

HARGA RASMI Y15ZR V2 DIUMUMKAN. RM8,168.00

Kami baru menerima email dari Hong Leong Malaysia Sdn Bhd berkenaan harga jualan Y15ZR V2 yang dilancarkan bulan lepas. Sewaktu pelancaran kelmarin, HLYM masih belum mengumumkan harganya.

Agak menarik kerana kenaikan pada model baru ini adalah kecil sahaja. Harga jualan yang diumumkan bagi model V2 ini ialah RM8,168.00 ( tak termasuk insurans dan atas jalan) .

Sebagai perbandingan, harga jualan untuk model lama (V1) ialah RM7,888.00 dan ini bermakna kenaikan hanyalah sebanyak RM280 sahaja.

Namun begitu, seperti yang kita sedia maklum dek kerana harga motosikal di Malaysia ni memang tiada kawalan, harga yang dijual di kedai-kedai motor tak pernah sama dan biasanya jauh lebih tinggi dari yang dicadangkan oleh pengeluar sendiri.

Misalnya, harga Y15ZR V1, lengkap atas jalan semua sekitar RM10,000.00. Padahal, harga body yang diumumkan oleh HLYM adalah RM7,888. Entah iblis mana yang boleh jadi kiraan tambahan insurans+roadtax+pendaftaran dengan kos lebih RM2,000.

Y15ZR V2 ini didatangkan dengan beberapa ciri baru seperti berikut;

1. LAMPU HADAPAN LED

Ia rekaan yang baru sepenuhnya. “Kepala” Exciter 2019 ini telah direka baru bagi menampatkan lampu yang lebih tipis dengan tiga kolum berbeza. Ia juga sudah dilengkapi dengan mentol lampu LED menggantikan mentol halogen. Selain lebih terang, LED juga menjimatkan tenaga.

Lampu isyarat membelok juga sudah datang dengan LED yang merupakan peneraju dalam kelasnya.

2. METER DENGAN SKRIN LCD

Perubahan besar yang kedua ialah paparan meter yang didatangkan dengan LCD sepenuhnya. Ia juga hadir dengan latarbelakang biru seperti Yamaha NVX, tetapi dengan saiz lebih kecil.

Paparan informasi meter ini cukup lengkap seperti kelajuan, jarak perjalanan, penggunaan bahanapi dan tolok bahanapi.

3. “KUNCI PANGGILAN” (ANSWER LOCK KEY)

Maaf. kami tak berapa jelas untuk menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu. Ini adalah fungsi yang membolehkan motosikal dikesan seperti sistem penggera. Khasnya ketika motosikal diparkir di kawasan motosikal yang banyak.

4- LAMPU “PASS LIGHT”

Sama seperti kebanyakan motosikal berkuasa tinggi, ia adalah suis lampu tinggi dengan pembalik untuk memudahkan penunggang memberi amaran kepada pemandu di hadapan.

Ia berguna untuk memberi perhatian kepada pemandu di hadapan atau trafik dari arah bertentangan.

5. SUIS PEMATI (KILL SWITCH)

Ini juga adalah fungsi yang biasa didapati pada motosikal berkuasa tinggi. Dalam segmen ini, Exciter 2019 bakal menjadi yang pertama menggunakannya.

Ia berfungsi sebagai suis pemati utama tanpa perlu memutarkan kunci.

6. TAYAR HADAPAN LEBIH BESAR

Umum mengetahui bahawa saiz tayar hadapan Y15ZR adalah yang paling kecil dalam kelasnya. Model 2019 akan menggunakan tayar bersaiz 90/80-17 bagi menggantikan saiz semasa 70/90-17.

Walau bagaimanapun, saiz roda belakang masih sama dengan 120/70-17.

MOdel baru ini didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Striking Cyan, Storm Blue, Blazing Red dan Dynamc Grey.

GALERI

Google ads
Back to top button