Buletin

RENAULT KOLEOS 2WD – RM185,888

Sempena pembukaan bilik pamerannya yang keempat di Glenmarie, Shah Alam, pengedar kenderaan jenama Renault di Malaysia, TC Euro Cars Sd. Bhd. (TCEC) memperkenalkan crossover terbaharunya, Koleos. 

SONY DSC

Mula dipertontonkan kepada umum pada International Buenos Aires Motor Show 2013, Koleos menerima beberapa penambahbaikan. Antara yang paling ketara ialah rekaan bampar hadapan, gril krom dan logo Renault yang lebih besar.

SONY DSC

Perumah cermin sisi dipasang dengan lampu isyarat membelok LED. Sementara rim aloi bersaiz 17 inci yang memiliki dua tona itu menyerlahkan lagi penampilannya.

Renault-Koleos-2WD-RM185,888-Mekanika (10)

Berbanding model sebelumnya, jentera itu kini dipasang dengan sistem pacuan dua roda (2WD) yang sekali gus menjadi sebab utama harganya dapat diturunkan dengan agak ketara.

Renault-Koleos-2WD-RM185,888-Mekanika (13)

Model yang didatangkan secara import sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan itu ditawarkan pada harga RM185,888 (di atas jalan termasuk insurans). Ia hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Renault-Koleos-2WD-RM185,888-Mekanika (18)

Menurut TCEC, dengan kehadiran model terbaharu ini, pihaknya tidak lagi membawa masuk model Koleos 4WD yang ditawarkan pada harga RM229,888 seunit.

SONY DSC

Koleos dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.5 liter. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 170hp dan tork maksimum 226Nm, enjin tersebut dipadankan bersama kotak gear automatik CVT enam kelajuan X-Tronic.

SONY DSC

Bahagian dalaman Koleos nampak mewah dan kemas dengan rekaan yang minimalis. Konseol tengahnya dihuni oleh paparan skrin sentuh bersaiz tujuh inci. Dikenali sebagai R-Link, ia menyediakan antara muka yang mesra pengguna untuk membolehkan pemandu mengetahui serta mengawal fungsi dan data kenderaan.

Renault-Koleos-2WD-RM185,888-Mekanika (1)

Home page R-Link menawarkan akses mudah kepada pelbagai fungsi multimedia dan navigasi. Lebih menarik lagi, pemandu boleh menukar (customize) home page ini dan mengedit senarai fungsi kegemaran mereka.

Renault-Koleos-2WD-RM185,888-Mekanika (14)

R-Link boleh dikawal sama ada menerusi paparan skrin sentuh atau joystick yang terletak berhampiran tuil gear. Satu lagi teknologi inovatif yang ada pada Koleos ialah  Blind Spot Warning (BSW) yang menyediakan amaran secara visual kepada pemandu agar lebih berhati-hati ketika memotong kenderaan lain atau sebagainya.

SONY DSC

Bagi peminat muzik, sistem audio daripada Bose pasti dapat memuaskan selera muzik anda. Direka khas untuk ruang kokpit Koleos, sistem audio itu terdiri daripada tujuh unit pembesar suara, sebuah woofer dan digital amplifier.

Renault-Koleos-2WD-RM185,888-Mekanika (15)

Setakat ini, TCEC sudah membawa masuk 10 unit Koleos untuk memenuhi permintaan para pelanggannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button