Buletin

HONDA CIVIC TYPE-R CONCEPT

Model konsep tersebut membayangkan mengenai hala tuju rekaan bahagian luaran jentera yang amat ditunggu-tunggu dan dijangka melakukan debut pada tahun 2015.

Honda-Civic-Type-R-Concept-Mekanika (3)

Gayaannya yang berani dan agresif menjadi petanda kepada prestasi yang sememangnya cukup sinonim dengan Type-R. Pasukan reka bentuk Honda menjelaskan bahawa jentera itu sebagai kereta lumba versi untuk jalan raya biasa.

Honda-Civic-Type-R-Concept-Mekanika (12)

Ia juga menandakan bermulanya era baharu dan diijangka menjadi Civic Type-R paling ekstrem setakat ini. “Type-R mewakili semangat perlumbaan Honda. Ia dibina dengan kesungguhan dalam sukan bermotor,” kata Ketua Rekaan Civic Type R, Masaru Hasegawa.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Honda-Civic-Type-R-Concept-Mekanika (6)

Gayaan jentera itu berkait rapat dengan prestasi. Kebanyakan ciri rekaannya menawarkan fungsi sebenar dan bukan sekadar berbentuk estetik. Ini kerana prototaipnya telah diuji di litar Nurgburgring, Jerman.

Honda-Civic-Type-R-Concept-Mekanika (8)

Pengurangan seretan, aspek penyejukan dan mengoptimumkan laluan angin merupakan aspek penting yang difikirkan oleh pasukan reka bentuk Honda. Rekaan jentera itu dilakukan di pusat R&D Honda di Swindon, UK.

Honda-Civic-Type-R-Concept-Mekanika (10)

Salah satu ciri termaju pada model konsep itu ialah spoiler belakang dengan lampu LED yang diletakkan bersama pada wing belakang, sekali gus menyerlahkan penampilan futuristik Type-R.

Honda-Civic-Type-R-Concept-Mekanika (5)

Walaupun perincian mengenai prestasinya masih belum diumumkan, Honda mengesahkan bahawa Type-R itu akan menjadi model pertama di Eropah yang menggunakan enjin VTEC Turbo.

Honda-Civic-Type-R-Concept-Mekanika (9)

Enjin daripada keluarga Earth Dreams Technology itu bersesaran 2.0 liter dengan sistem pancitan terus bahan api dan empat silinder turbo. Ia didakwa mampu menghasilkan kuasa sehingga 280PS dan memenuhi piawaian Euro 6.

Honda-Civic-Type-R-Concept-Mekanika (7)

Pendedahan model konsep Type-R adalah selari dengan pengumuman Honda pada acara Paris Motor Show 2012. Waktu itu, Honda mengesahkan bahawa Civic Type-R kembali diproduksi.

Honda-Civic-Type-R-Concept-Mekanika (1)

Honda juga menyatakan komitmennya untuk menetapkan standard-standard baharu dari aspek prestasi dan pengendalian. Ia dapat dilaksanakan menerusi aplikasi pelbagai teknologi yang dibangunkan apabila menyertai Kejohanan Kereta Touring Dunia.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button