Artikel PilihanBuletin

RERUAI NISSAN KREATIF – MACAM MASUK DALAM MANGA

Yokohama, JEPUN – Nissan hari ini memperkenalkan rekaan reruai (booth) untuk Japan Mobility Show 2025 (JMS 2025), sambil menjemput orang ramai melihat pratayang reka bentuk tersebut sebelum hari media pada 29 Oktober.

Reruai tahun ini merupakan satu kenyataan artistik yang berani, mencerminkan tema JMS iaitu Budaya, Ciptaan dan Masa Depan, serta menampilkan komitmen Nissan terhadap kreativiti dan penyelesaian mobiliti yang berpandangan jauh ke hadapan.

Diilhamkan oleh budaya manga ikonik Jepun, reruai ini menggunakan palet monokrom yang menonjol sebagai penghormatan kepada genre yang telah membentuk imaginasi global. Ia bukan sekadar pilihan reka bentuk, tetapi juga jambatan budaya yang menghubungkan warisan Nissan dengan visinya untuk masa depan.

Estetika manga dijadikan kanvas untuk penceritaan, mengajak pengunjung meneroka persilangan antara tradisi dan transformasi.

Selain menjadi pentas pelancaran Elgrand serba baharu dan pelbagai produk menarik yang bakal menghidupkan semula pasaran domestik Nissan, reka bentuk reruai ini menggabungkan ekspresi seni dengan teknologi terkini. Ia menampilkan inovasi dan perkhidmatan terbaru Nissan secara menarik dan berkesan dalam mencipta pengalaman yang sukar dilupakan.

Reka bentuk yang ceria namun sofistikated ini bertujuan menarik pengunjung menyelami suasana seperti bandar yang hidup, di mana mereka boleh meneroka, berinteraksi dan merasai sendiri penyelesaian mobiliti terkini daripada Nissan.

Menurut Alfonso Albaisa, Naib Presiden Eksekutif Korporat Bahagian Rekaan Global, Nissan Motor Co., Ltd.,“Sebagai pereka, kami mendapat inspirasi mendalam daripada budaya kreatif Jepun yang begitu dinamik. Reruai tahun ini meraikan semangat tersebut yang menggabungkan seni dan inovasi untuk memberi pengunjung pandangan tentang masa depan mobiliti.”

“Walaupun konsep visualnya menetapkan suasana, intipati sebenar akan terserlah apabila pengunjung melangkah masuk dan membawa warna serta tenaga mereka sendiri untuk mencipta kontras dinamik di latar belakang.”

Tentang Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) ialah anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH), dan berperanan sebagai cabang jualan serta pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia.

Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais rasmi kenderaan Nissan/Datsun di Malaysia, dan pada tahun 1970, Nissan/Datsun menjadi jenama kenderaan paling laris di negara ini.

TCMH disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974, dan kumpulan ini terlibat secara utama dalam pemasangan dan pengedaran kenderaan.

Bagi melengkapi perniagaan automotifnya, TCMH turut menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan seperti selepas jualan, pembiayaan sewa beli, penyewaan kenderaan, serta insurans.

Google ads
Back to top button