
HYUNDAI STARIA CKD RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM179K
Hyundai Motor Malaysia (HMM) melakar satu lagi sejarah penting apabila mengumumkan pelancaran rasmi model Hyundai STARIA pemasangan tempatan (CKD).
Model MPV premium ini merupakan kenderaan pertama yang dipasang secara tempatan di bawah HMM dengan kerjasama rakan strategik, Inokom Corporation Sdn Bhd, fasiliti pemasangan milik Sime Motors yang terletak di Kulim, Kedah.
Melalui pelaburan dalam pemasangan tempatan, Hyundai Motor Malaysia bukan sahaja memperkukuh kehadirannya di pasaran, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan rantaian bekalan industri automotif negara.

Model STARIA pemasangan tempatan ini ditawarkan pada harga bermula RM179,888, mengekalkan spesifikasi dan ciri keselamatan seperti versi import.
Pelanggan kini boleh memilih empat warna menarik iaitu Jet Black, Snow Flake White Pearl, Meteor Grey, dan Stormy Sea.
Antara kelebihan pemilikan termasuk jaminan selama lapan tahun atau 160,000km, serta penyelenggaraan percuma (upah) sehingga lapan kali servis.
Promosi Akhir Tahun

Sempena pelancaran ini, Hyundai turut menawarkan ganjaran menarik kepada pelanggan, antaranya:
- Servis percuma (termasuk alat ganti dan upah) hingga lapan kali, atau ganjaran tunai RM6,000
- Rebat tambahan RM5,000 untuk varian terpilih
- Baucar gaya hidup bernilai sehingga RM2,000 atau bonus tunai RM1,500*
- Aksesori percuma*
- Pakej naik taraf AutoPro secara percuma melalui kerjasama dengan Tokio Marine Insurans (M) Berhad*
(*Tertakluk kepada terma dan syarat)
Menurut Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Puan Jahabarnisa Haja Mohideen, “Apabila kami menubuhkan Hyundai Motor Malaysia, kami berjanji bahawa kami akan kekal di sini – Here to Stay. Ini bukan sekadar slogan, tetapi komitmen jangka panjang.”
Pelancaran STARIA CKD ini menjadi bukti nyata bahawa Hyundai menunaikan janji tersebut, memperkukuh kedudukannya sebagai penyedia mobiliti global yang terus melabur untuk masa depan Malaysia.




