Buletin

ROEWE WHALE – SUV COUPE CHINA YANG PATUTNYA LAWA

Apabila pasaran kenderaan yang terlalu sengit, maka sudah tentu pengeluar kenderaan perlu menghasilkan produk yang lain daripada yang lain. Barangkali inilah yang terjadi di pasaran China. Dan untuk menghasilkan kelainan dan demi membuat pembeli beralih perhatian, pengeluar Roewe, yang dimiliki oleh SAIC Motor memilih untuk menghasilkan sebuah SUV Coupe, Roewe Whale.

Melihatkan rekaan hadapan Roewe Whale ini, pasti mudah untuk menangkap mata mata yang memandang. Rekaannya kelihatan agak menonjol dan berani dengan rekaan gril yang dipengaruhi unsur paruh ikan paus. Rekaan ini bersambung terus ke penjuru dengan padanan lampu LED DRL yang berbentuk bomerang itu.

Rekaan belakangnya juga kelihatan berani dan moden terutamanya lampu LED belakang menegak yang diapit kiri dan kanan. Terdapat juga lampu bar LED yang melintang dari kiri ke kanan. Menambahkan rupa kegarangan SUV Coupe ini adalah tip ekzos berkembar.

Cumanya apabila dilihat dari sisi, kelihatan sedikit canggung apabila SUV Coupe ini kelihatan jinjang tak tentu pasal. Disyaki Roewe Whale ini dibina berdasarkan pelantar yang diasaskan daripada kereta. Bila nak jadikan SUV, nah beginilah tinggi dia lain macam sikit. Tapi apa ada hal kalau dah orang suka. Beli sahaja kan.

Rekaan kabinnya pula kelihatan cukup moden dengan penggunaan skrin berkembar 12.3, satu untuk sistem infohiburan dan satu lagi untuk paparan kluster meter. Dan seperti biasa, segala tersersambungan dengan telefon pintar juga tersedia. Canggih. Rekaan stereng pun cukup sporty dan karektor Whale. Tapi yang paling menarik perhatian adalah rekaan tombol gear yang berunsurkan ekor ikan paus turut diaplikasikan.

Untuk menggerakan Roewe Whale ini, trenkuasa enjin petrol bersesaran 2.0 liter dengan pengecas turbo mampu menghasilkan kuasa 231 HP dan 370 Nm. Enjin yang agak berkuasa ini dipadankan pula dengan kotak gear automatik lapan kelajuan yang disalurkan melalui pacuan roda hadapan.

Selepas membuat kemunculan untuk model konsep yang telah dipertontonkan sewaktu Shanghai Auto Show tahun lepas, kini Roewe Whale bakal dipertontonkan model sebenar pada Beijing Auto Show nanti. Harganya dijangkakan sekitar 166800 Yuan) (RM110,074) sehingga 192800 Yuan (RM127,231).

Kredit Foto : www.carnewschina.com

BACA : ROEWE Ei5 EV 400 – WAGON ELEKTRIK DENGAN GAYA PREMIUM

BACA : FAW SENIA R9 – LAWA JUGA KAN SEBENARNYA SUV CHINA NI?

Google ads

B K

Back to top button