,
Buletin

SANTAI GENG HONDA DI PUTRAJAYA BERLANGSUNG MERIAH!

Pada tanggal 5 oktober 2019 , Sabtu yang lalu bertempat di Pakir hadapan tempat tapak balloon udara panas Putrajaya telah berlansung satu aktiviti Program Santai Gathering Honda.

Santai Gathering Honda pertama kali diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah kepada rakan pemilik kereta Honda.

Idea asalnya tercetus apabila rakan leader dari GM2 Honda City Saudara Wan telah memperlawa rakan dari Civic X Community Malaysia untuk adakan Inter the Tarik gathering .

Setelah Saudara Wan berjumpa dengan wakil CXC dan Accord Havoc Presiden Nasuha dan berbincang  mereka sebulat suara menpelawa rakan rakan pemilik kereta Honda yg lain untuk join event pada kali ini .

Atas perlawaan rakan rakan honda yang di kenali mereka telah melaksanakan perjumpaan dengan leader leader serta President komuniti dan club . Idea asal sebagai Teh Tarik interclub gathering kali telah menjadi ramai . Oleh demikian kami berfikiran baik kita buat satu event eratkan ukhwah di antara pemilik honda .

Maka terjadilah gathering ini Santai Gathering Honda Putrajaya 2019 .  Kehadirian kenderaan pada kali ini mencecah 300 buah kenderaan dari bebarapa jenis kenderaan dari Honda Accord old skool hingga ke model model baru dan enjin yang baru.

Pada kali ini pihak pengurusan dapat sokonngan dari kelab kelab komuniti honda yang terdiri daripada .

Gd8 Malaysia Honda City 03-08,Honda SV4 Fifth Generation of Accord,BRV owner Club,SV4,SM4 Sembang Honda , Ampang Accord Community,FitAria Society FAST,GM6 Society Malaysia,Civic X Community CXC, GM2 Malaysia, Kelab Pemilik Honda Accord Malaysia Havoc,HDCM Honda Diamond Community Malaysia, FCX Gen Shibikku.

Kami telah mendapat tajaan dari Art of Detailling Kajang yg sudi menaja hadiah lucky draw , Tajaan juga di terima dari ArtMania Sticker Serta sahabat dan org perseorangan

Terima kasih kepada penaja penaja perseorangan atau pun syarikat, ketua ketua club dan komuniti honda yang terlibat ..

Terima kasih kepada photo grafer club  ShazrimanShamsuddinPhotografy , HD production dan rakan rakan serta media club FCX studio 22 (Danial) dan rakan rakan promo di fb.

Adakah mungkin ada Santai Gathering Honda vol 2 …tunggu jumpa di lain event.

Penulis . MazlanCivic

Juru Photo ShazmanShamsuddinPhotografy Gm6society dan rakan photographer club.

Video drone ewanCXC001, Studio22 , HD Production

GALERI

Google ads
Back to top button