
HANYA SATU TEMPAT KOSONG YANG TINGGAL UNTUK MOTOGP 2020
MotoGP musim 2019 sudah hampir tiba ke penghujungnya. Pemenang sudah diketahui, Marquez sekali lagi mempertahankan kejuaraannya. Lazimnya pada tiga pusingan akhir ini, senarai pelumba untuk musim hadapan sudah diketahui.
Terbaru semalam, Takaaki Nakagami mengesahkan tempat untuk pasukan LCR Honda bagi musim hadapan. Sebanyak 11 pasukan sudah didaftarkan dengan 22 pelumba nakun untuk musim 2020 yang hampir lengkap, masih ada satu kekosongan di pasukan Red Bull KTM.
Kerusi yang dikosongkan oleh Johann Zarco itu besar kemungkinannya akan diisi oleh Mika Kallio yang merupakan pengganti bagi tiga pusingan musim 2019. Pun begitu, belum ada pengesahan rasmi dari pihak KTM Red Bull.
Berikut ialah senarai pelumba bagi setiap pasukan yang aka bertarung dalam MotoGP 2020.
Ducati
Andrea Dovizioso
Danilo Petrucci
Suzuki
Alex Rins
Joan Mir
Red Bull KTM
Pol Espargaro (kontrak berakhir 2020)
–
Aprilia Gresini
Aleix Espargaro
Andrea Iannone
Tech3 KTM
Miguel Oliveira
Brad Binder
LCR Honda
Cal Crutchlow
Takaaki Nakagami
Pramac Ducati
Francesco Bagnaia
Jack Miller
Avintia Racing
Karel Abraham
Tito Rabat
Yamaha Petronas SRT
Franco Morbidelli
Fabio Quartararo

