,
Buletin

HINO MALAYSIA BUKA PUSAT 3S BAHARU DI KLANG

Hino Malaysia telah menaik taraf sebuah pusat 1S kepada 3S milik salah seorang pengedar sahnya yang beroperasi di Klang, Selangor.

Eng Kee Commercial Vehicles Sdn Bhd (Eng Kee Commercial Vehicles) telah dipilih menjadi pusat 3S bagi menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung. Pusat 3S baharu itu terletak di No. Lot 230, Persiaran Raja Muda Musa /KS 01. Telok Gadong Kecil, Klang. 

Lokasi itu sebenarnya hampir dengan Pelabuhan Kelang yang merupakan hab industri dan komersial penting negara. 

Sudah menjalin kerjasama dengan Hino Malaysia sejak tahun 2006, Eng Kee Commercial Vehicles sentiasa mengutamakan pelanggannya. 

Justeru, kemudahan seluas 24,000 kaki persegi itu mempunyai tiga ruang servis di bahagian belakang bangunan. Sementara ruang hadapan menempatkan sebuah lounge bersama minuman dan wifi percuma untuk pelanggan. 

Sehingga kini, Hino Malaysia mempunyai 37 buah pusat 3S di seluruh negara yang menggunakan standard serta imej korporat syariat yang baru. Menyokong konsep Total Support, ia bermatlamat memenuhi keperluan pelanggan sepanjang trak itu digunakan. 

Selari dengan nilai Total Support, Hino Malaysia kini memperkenalkan jaminan baru ke atas trak tugas ringan HINO 300 Series. Ia kini hadir dengan jaminan selama lima tatahun dan perbatuan sejauh 200,000km. 

Tags
Google ads
Back to top button