Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG ENJIN ISUZU 4JJ3-TCX. 188 KUASA KUDA & 450NM TORK

Sehingga ke hari ini, Isuzu telah menghasilkan 26 juta unit enjin diesel, menjadikan mereka sebagai pengeluar enjin diesel terbesar di dunia. Selain enjin 1900cc turbodiesel, Isuzu juga menghasilkan enjin 3000cc turbodiesel dengan kod 4JJ3-TCX. Enjin ini adalah enjin yang telah ditambahbaik daripada enjin 4JJ1-TC 2006

Kami senaraikan di sini ciri-ciri penting enjin Isuzu 4JJ3-TCX ini:

1. Enjin 4JJ3-TCX ini telah ditambahbaik dari segi penghasilan kuasa, tork, ketelitian operasi, ketahanan dan juga kecekapan enjin. Ia menghasilkan 188 kuasa kuda pada 3600 RPM dan 450Nm tork daripada 1600-2600 RPM. Bagi operasi harian, ia juga menghasilkan tork 400NM daripada 1400-3250 RPM cukup untuk kegunaan lasak

Bagi kegunaan offroad, mendaki dan membawa beban, enjin ini berupaya menghasilkan 300Nm hanya daripada 1000 RPM.

2. Enjin ini merupakan enjin dari kumpulan J namun ia datang dengan rekaan blok enjin baru, piston rekaan baru, kepala silinder yang baru serta sistem suntikan yang dipertingkatkan. Hanya rod penyambung sahaja dibawa daripada enjin 4JJ1-TC

2. Saiz enjin iaitu ukuran diameter dan lejang adalah sama seperti sebelum ini. Enjin ini telah diuji sehingga 4 juta kilometer untuk menguji ketahanan. Antara pasaran yang menerima enjin ini ialah Thailand, Australia dan Malaysia

3. Unit turbo adalah dari jenis baru iaitu variable geometry turbo, meminimakan turbo-lag melalui rekaan kompressor terbaru. Shaft turbo pin rintangan rendah digunakan bagi mengurangkan geseran dalaman sistem turbo. Diesel particulate diffuser dipasang dipasang di belakang turbo bagi mengurangkan pelepasan asap.

4. Aloi aluminium digunakan untuk menghasilkan blok enjin dan juga kepala silinder bagi mengurangkan berat enjin. Cast iron disadur di dalam silinder bagi meningkatkan ketahanan enjin. Psiton juga dihasilkan daripada aloi aluminium

5. Pam diesel yang digunakan berupaya menjana tekanan sehingga 250 Mpa (36,260 psi), menghantar diesel sehingga 25% lebih tekanan dari pam yang lama serta 20% lebih cekap tenaga.

6. Posisi unit suntikan bahan api diubah ke ke atas piston dengan suapan sistem Common Rail yang baru. Unit suntikan ini direka dengan beberapa lubang kecil (orrifice) yang akan menyembur diesel dalam beberapa kali dalam satu kitaran enjin bagi memastikan enjin berjalan dengan efisyen

7. Enjin ini walaupun tidak dipasang dengan catalytic reduction, masih mampu memenuhi pelepasan asap Euro V manakala enjin 1900cc turbodiesel RZ4E berupaya melepasi pelepasan asap Euro VI. Jadi, untuk power anda boleh pilih 4JJ3-TCX manakala untuk penjimatan maksimum dan pelepasan asap minima enjin RZ4E

8. Terdapat 2 pilihan transmisi yang dipadankan dengan enjin ini samaada transmisi 6 kelajuan manual MVL-6S yang dihasilkan sendiri oleh Isuzu ataupun 6 kelajuan automatik AWE6B45 yang dihasilkan oleh Aisin. Bagi versi manual, ia datang dengan 2 mass flywheel bagi mneyerap gegeran dan tork bagi penghantaran kuasa yang lembut

Trak pikap bukan lagi menjadi kenderaan perdagangan atau kenderaan untuk ke hutan semata-mata. Ia direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda yang lasak, sesuai ke pejabat dan paling penting ia memerlukan enjin yang kuat dan tahan lasak.

Google ads
Back to top button