Artikel PilihanBuletin

SEGALANYA TENTANG HONDA N7X, PENGGANTI HONDA BRV?

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 6 tahun Honda BR-V dilancarkan di Malaysia dan menjadi pilihan banyak pengguna yang mahukan sebuah SUV mampu milik yang luas dan boleh memuatkan 7 penumpang dalam satu masa. Walaupun bersaing rapat dengan Aruz/Rush dan Xpander, Honda BR-V ini ada kelebihan yang tersendiri.

Untuk kekal berdaya saing, Honda bakal melancarkan satu model baru yang dinamakan sebagai Honda N7X dengan rekaan dan saiz yang hampir sama dengan Honda BR-V. Jadi mari kita teliti secara mendalam berkenaan dengan model baru Honda N7X ini

1. Platform – walaupun Honda BR-V ini rekaan dalamannya hampir sama dengan Honda City atau Jazz, tapi sebenarnya ia dihasilkan daripada platform Honda Mobilio/Brio yang dihasilkan bagi program Low Cost Green Car. Platform lain, tapi platform enjin dipinjam dari platform City/Jazz Jadi tak hairanlah ia lebih bising dan NVH BR-V ini tidak sebagus pesaingnya yang lain

Bagi model N7X, ia dijangka akan menggunakan cesi yang Honda City/Jazz GM6 yang turut digunakan untuk model Honda City GN dan juga Honda City Hatchback yang bakal dilancarkan nanti. Jadi kalau jangkaan kami tepat, maka NVH model N7X ini jauh lebih sedap berbanding BR-V

2. Kalau dah guna platform City/Jazz lama, adalah lebih mudah dan ekonomikal sekiranya enjin 1500cc i-VTEC akan terus digunakan sama seperti enjin BR-V. Tapi kita tidak pasti samaada ia akan menggunakan varian SOHC yang menghasilkan 118 kuasa kuda & 145Nm tork ataupun varian DOHC yang menjana 119 kuasa kuda dan 145Nm tork

3. Bagi pasaran Indonesia, Honda N7X ini akan dilancarkan dengan 2 pilihan transmisi iaitu manual dan juga pilihan transmisi CVT Earth Dream Technology yang dihasilkan sendiri oleh Honda. Setakat ini enjin 4 silinder 1500cc ini terbukti lasak dan menjadi ayam tambatan pada Honda bagi kebanyakan model

4. Setakat ini nama N7X adalah nama konsep projek yang dibangunkan oleh Honda khusus untuk pasaran negara membangun dan juga Asia Tenggara. Jadi tak payahlah nak tampal sticker JDM pada kereta lepas anda beli nanti. N7X membawa maksud New 7 Seater Excitement.

5. Dengan menggunakan platform City/Jazz yang lebih canggih, Honda N7X ini juga boleh menggunakan teknologi keselamatan aktif Honda Sensing sama seperti Honda City. Ciri tambahan seperti Lane Departure Warning, Road Departure Mitigation, Lane Keep Assist, Auto Highbeam, Forward Collision Warning & Braking mungkin akan dipasang pada model N7X

6. Platform baru juga membolehkan Honda N7X dipasang dengan pelbagai ciri keselamatan pasif yang lebih baik daripada BRV yang hanya menggunakan 2 beg keselamatan udara. Besar kemungkinan kita akan melihat N7X akan menggunakan 6 beg keselamatan udara dan Vehicle Stability Assist.

7. Dari segi rekaan depan, N7X akan mengenakan imej korporat Honda yang baru sama seperti City, Civic dan juga Accord. Antara ciri menonjol yang cuba diketengahkan oleh Honda ialah penggunaan lampu siang DRL yang ada pada bahagian bampar dan juga lampu utama teknologi LED, jeriji depan kemasan krom, dan juga skid plate bagi menzahirkan ciri SUV

8. Rekaan lampu belakang persis lampu belakang Honda City juga nampak lebih menawan jika dibandingkan dengan rekaan BR-V yang nampak seperti separuh siap. Kehadiran ciri roof rail pada bahagian bumbung, clading pada sisi serta rim rekaan 2 tona menghasilkan ciri kejantanan pada Honda N7X ini

9. Tak banyak gambaran rekaan dalaman Honda N7X ini didedahkan kecuali berdasarkan video pendek, kita menjangkakan yang ia akan menggunakan rekaan papan pemuka yang hampir sama dengan Honda Amaze, susun atur tempat duduk 2+3+2 serta konfigurasi susunan kusyen sama seperti Honda Jazz.

Google ads
Back to top button