Motosikal

ETG BAKAL TINGKAT PENGELUARAN MOTOSIKAL 15,000 UNIT SEBULAN

Eurotech Group (ETG) selaku pengedar rasmi jenama motosikal KTM, Zontes, Husqvarna dan GasGas bakal meningkatkan kadar pengeluaran motosikal pada 2027. 

Ketika malam penghargaan media yang berlangsung baru-baru ini, pihak ETG memaklumkan bahawa mereka akan memperkembangkan kilang sedia ada sekaligus menambah barisan pemasangan (assembly line). 

Pertambahan tersebut akan menyaksikan ETG akan menghasilkan sekitar 15,000 unit motosikal dalam tempoh sebulan sekaligus memenuhi permintaan pasaran termasuk model popular Zontes 368G. 

Tidak dinafikan, Zontes ketika ini merupakan antara jenama popular di Malaysia dengan tawaran model 368 termasuk 368G, 368E, 368K dan 368D. 

Permintaan positif terhadp model KTM 390 juga menyumbang kepada inisiatif ETG untuk memperkembangkan kilang sedia ada yang dijangka akan beroperasi awal tahun 2027. 

Ketika malam penghargaan media tersebut, pihak ETG juga memaklumkan bahawa beberapa model baharu bakal muncul dari jenama Zontes antaranya model 552 dan 703. 

Google ads
Back to top button