Buletin

SEGALANYA TENTANG KOENIGSEGG GEMERA

1. Gemera merupakan percubaan pertama Koenigsegg dalam menghasilkan supercar GT (Gran Turismo) 4 tempat duduk yang pertama. Sebelum ini pasaran ini hanya didominasi oleh Porsche dan juga Ferrari. Gemera mampu memuatkan 4 penumpang dewasa dalam satu masa dan Koenigsegg merancang hanya 300 unit sahaja yang akan dikeluarkan.

Perkataan Gemera terdiri daripada 2 suku kata iaitu ge (give) and mera (more) dalam bahasa Sweden. Give me more bebeh.

2. Panjang Gemera ialah 4975mm, lebar 1988mm, dan tinggi 1295mm. Gemera memiliki berat kering sekitar 1715kg walaupun dibina daripada gentian karbon. Jarak antara roda pula ialah 3000mm dan ia lebih panjang daripada Exora. Ruang kargo pula ialah sekitar 200 liter, kurang sedikit berbanding dengan Myvi. Cesi monocoque Gemera dibina daripada gentian karbon dengan ketegaran 40kNm.

3. Gemera hanya dibekalkan dengan enjin 3 silinder dengan lejang bersaiz 93.5mm dan diameter silinder 95mm. Jumlah sesaran enjin ini hanyalah 2000cc sahaja. Nisbah mampatan ditetapkan pada 9.5:1. Nama enjin ini pelik sikit, Tiny Friendly Giant (TFG) yang ditemani dengan 2 turbo, sistem pancitan bahan api terus dan sistem freevalve, membolehkan enjin ini beroperasi dengan Kitaran Miller (jimat petrol).

Kuasa yang dihasilkan ialah 600bHp pada 7500 RPM, dan 600Nm tork dari 2000-7000 RPM. Agak mengagumkan dari enjin seberat 70kg dengan 3 silinder sahaja. melengkapkan lagi pakej enjin ialah pemasangan sistem ekzos Akrapovic yang dibuat daripada titanium menghasilkan bunyi hamburan ekzos yang dalam bersama sama sistem Freevalve ketika beroperasi.

4. Terdapat 3 motor yang dipasang pada Gemera iaitu 2 motor dipasang pada tayar belakang dan satu pada enjin. Satu motor berkuasa 500bhp dan 1000Nm tork. Satu lagi motor yang dipasang pada enjin berkuasa 400bhp dan 500nm. Secara keseluruhan Gemera ada 3500Nm tork yang membolehkan ia memecut dari 0-100km/h dalam masa 1.9 saat sahaja.\

Pecutan dari 0-400km/j pula boleh dilakukan dalam masa 20 saat. Kalau dah kuasa keseluruhan sistem 1700bHp, memang kacang saja 400km/j tu.

5. Terdapat pek bateri berkuasa 15kWh dengan kekuatan 800 Volt. Kuasa bateri ini cukup untuk membolehkan Gemera dipandu sejauh 50km dalam mode EV. Semua sel bateri akan disimpan dalam bekas gentian karbon dibawah kerusi penumpang depan. Secara teori, Gemera boleh dipandu sejauh 1000km dengan satu tangki penuh dan cas bateri penuh.

6. Enjin dipasang di bahagian depan bersama-sama dengan satu motor elektrik. Setiap roda depan akan disambung kepada enjin melalui satu pek klac basah bagi membolehkan fungsi torque vectoring dibuat. Roda belakang yang disambung pada 2 motor elektrik menjadikan Gemera sebuah kereta AWD dengan fungsi torque vectoring.

Mazda CX30

7. Kesemua tayar Gemera dilengkapkan dengan fungsi stering. Ini bermakna Gemera ada sistem stering semua tayar. Sistem ini juga dinamakan sebagai Active Rear Wheel Stering. Ia memberikan pusingan yang pendek ketika halaju rendah, mampu menukar arah kereta pada halaju tinggi dan membantu proses brek dengan kaedah toe-in.

8. Sistem suspensi Gemera menggunakan sistem double wishbone pada gandar depan dan juga belakang. Penyerap hentakan dari jenis gas yang digunakan boleh melaraskan ketinggian kereta secara automatik.

9. Dah nama supercar GT, sistem brak yang digunakan lain daripada Wira turbo anda. Rotor brek depan menggunakan saiz 415mm dan bahagian belakang bersaiz 390mm. Kedua dua rotor dan kaliper brek dihasilkan daripada seramik. Ada 6 piston pada rotor depan dan 4 piston pada rotor belakang. Sistem booster brake menggunakan elektrik.

10. Sistem bantuan pemanduan menggunakan Advanced Driving Assistant yang boleng mengawal input pedal minyak, brek, dan juga stering. Sistem ini juga meliputi sistem pemanduan automatik adaptif, Lane Assist dan juga Park Assist.

11. Sistem kestabilan dikawal oleh sistem kawalan yang direka oleh Koenigsegg sendiri yang dikenali dengan nama Koeniggsegg Stability Control. Terdapat 3 tetapan yang disediakan iaitu wet (jalan basah), normal dan track.

12. Sistem Transmisi Gemera menggunakan satu sistem yang tiada pada supercar lain yang disebut Koeniggsegg Direct Drive atau KDD. Hanya ada satu gear tunggal yang disediakan oleh sistem ini. Sebagai contoh untuk penerangan anda boleh rujuk gambar sistem Regera di atas.

Sistem ini merupakan gabungan sistem sistem bateri, enjin, motor elektrik, hydraulic coupling seperti torque converter dan final drive. Sebaik sahaja pedal minyak ditekan, kuassa akan dihantar dari bateri berkuasa tinggi 800volt terus ke roda untuk pecutan. Penggunaan motor elektrik ketika Gemera mula bergerak bagaikan gear rendah bagi enjin biasa.

Ketika ia mula memecut, 11,000Nm tork akan sampai ke tayar. Jadi Michelin Pilot Sport 4S dipasang pada Gemera bagi memastikan pecutan dihasilkan dengan lancar.

Tags
Google ads
Back to top button