KENDERAAN PILIHAN PEMAIN LIVERPOOL
Untuk yang tidak mengetahui, selain daripada pernah menyokong tim Blackburn Rovers, BK juga adalah penyokong tegar Liverpool. Nama Brader Karrager ini pun dipilih dek kerana pertahanan lagenda Jamie Carragher. Mujur Abg Japar ok aja apabila nak guna nama Brader Karrager ini sebagai nama rasmi dalam Mekanika. Ok, tak nak sembang panjang, jom kita baca senarai kenderaan yang digunakan oleh pemain pemain handalan Liverpool.
Jordan Henderson
Kapten Liverpool ini memilih kereta sports dari Jerman, Audi RS7 Sport. Melihatkan rekabentuk Audi RS7 ini, sememangnya mudah untuk kita meneka pemandunya jenis yang sukakan sesuatu yang kelihatan sporty dan mewah serta berjiwa muda. Tengok bampar hadapan pun boleh tahu dah betapa garangnya RS7 ini.
Kereta yang menggunakan enjin V8 twin turbo mampu menghasilkan kuasa sehingga 591 hp. Jadinya memang tak ada masalah langsung untuk mengheret rim bersaiz 21 inci tersebut. Memang tampak garang habis. Baru kena dengan seorang kapten yang bakal menjulang piala tidak berapa lama lagi kan.
Roberto Firmino
Penyerang prolifik dari Brazil ini pula memilih kenderaan gaya hidup masa kini, SUV dari Range Rover Sport. Walau pun mempunyai perkataan Sport, namun SUV ini tidaklah mempunyai rekabentuk yang ketara sebagai sebuah model Sport. SUV ini tampak cukup sesuai yang sudah pun mempunyai dua orang anak perempuan.
Sebenarnya Range Rover Sport ini mempunyai pelbagai pilihan enjin meliputi enjin diesel turbo. Namun kalau enjin V8 5.p yang menjadi pilihan pun tidak mengapa. Gaji sebulan si Bobby ini memang dah boleh beli sebulan sebiji secara tunai.
Dejan Lovren
Pemain pertahanan pilihan kedua dari Croatia ini turut memilih SUV sebagai kenderaan pilihan. Tapi SUV beliau tampak sedikit bergaya apabila memilih Mercedes GLE Coupe. SUV Coupe memperlihatkan pemiliknya seorang yang cukup bergaya. Apabila gaya mewah, SUV dan Coupe digabungkan maka terhasillah sebuah model yang diketahui cuba bersaing secara langsung dengan BMW X6.
Mo Salah
Seorang lagi penyerang prolifik kelahiran Mesir ini sebenarnya baharu juga melengkapkan koleksi kereta apabila membeli Bentley Continental GT. Jelas sekali penyerang yang terkenal dengan kelincahannya di atas padang turut mahukan sesuatu yang lincah juga atas jalanraya apabila kereta ini menggunakan enjin V12 6.0 liter.
Kereta yang pantas ini mampu bergerak dari titik pegun ke kelajuan 100 km/j hanya dalam tempoh 3.6 saat sahaja. Serupa pelesit dia punya pergi.
Jurgen Klopp
Disebalik keghairahan anak buah sang Pengurus memilih kereta yang hebat, berlainan pula dengan Jurgen Klopp. Pengurus berasal dari Jerman ini lebih selesa memilih sebuah kereta yang tampak sedikit tenggelam berbanding kereta milik sang pemain. Beliau lebih selesa memilih Opel Insignia, sebuah model paling atas dalam keluarga Opel.
Tapi tenang dulu ya. Kalau ikutkan gaji beliau yang kini bernilai lebih daripada berjuta juta Pound Sterling, memang lebih daripada mampu untuk memiliki kereta hebat yang lain. Sebetulmya Jurgen Klopp ini merupakan Duta bagi Opel semenjak dari tahun 2012 lagi. Itu jam beliau masih lagi melatih kelab NS Chempaka. Acah mak enon. Beliau melatih kelab Borussia Dortmund ketika itu. Nah, tidak sia sia Opel mengikat beliau semenjak dahulu lagi hinga kini. Esok menang EPL, mesti dapat lagi sebuah kereta Opel. Opel Kadett C.
BACA : INI ADALAH KERETA PILIHAN UTAMA PEMAIN BOLAH SEPAKL EPL
BACA : KISAH PENAJAAN PENGELUAR KENDERAAN DAN KELAB BOLASEPAK