Buletin

SEMPENA AIDILFITRI, HARGA BARU BAHANAPI DITETAPKAN 2 MINGGU. 1 – 14 JUN 2019

Bersempena dengan musim cuti Hari Raya Aidilfitri, penetapan harga runcit produk petroleum menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) akan dikekalkan untuk tempoh dua minggu. Selepas 14 Jun 2019, penetapan harga runcit produk petroleum ini akan kembali kepada asal di mana penetapan akan dibuat secara mingguan.

Sehubungan itu, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 Jun 2019 sehingga 14 Jun 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 13 sen seliter iaitu daripada RM2.76 seliter kepada RM2.63 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 (yang sepatutnya RM2.33 seliter) kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel (yang sepatutnya RM2.40 seliter) kekal pada paras RM2.18 seliter.

Penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.40 seliter masing-masing. Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 1 Jun 2019 sehingga 14 Jun 2019 adalah berjumlah RM165.27 juta.

Google ads
Back to top button