Buletin

SUBARU TAWAR JAMINAN 5 TAHUN, PERBATUAN 100,000km

TC Subaru Sdn. Bhd., pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa perlindungn jaminan komprehensif untuk semua kerea baharu Subaru akan dinaikkan ke lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).  

Jaminan selama lima tan itu melibatkan model pemasangan tempatan dan import yang diedarkan oleh TC Subaru serta pengedar sahnya. Pelanggan yang membuat tempahan bermula 25 April 2019 layak untuk menerima program ini. 

Jaminan ini kekal sama selama lima tahun, sekali gus memberi ketenangan minda kepada mereka. Ia berbeza dengan jaminan lanjutan yang menawarkan perlindungan lebih kurang untuk tahun-tahun berikutnya. 

Para pemilik kenderaan perlu mematuhi selang servis berkala dan dilakukan di pusat servis sah Subaru.

TC Subaru tidak akan memberikan program ini kepada pemandu yang tidak menggunakan alat ganti tulen, membuat ubah suai elektronik yang tidak diluluskan oleh syarikat. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web:  www.subaru.asia/my/en/promotions/sales/70/

Tags
Google ads
Back to top button