
SHELL RAIKAN PELANGGAN SETIA DENGAN HADIAH FORD RANGER DAN SUZUKI JIMNY
Shell Malaysia meneruskan komitmennya dalam menghargai pelanggan setia melalui kempen “Ganjaran Hari Raya” yang menyaksikan dua individu dari Perak dipilih sebagai pemenang utama, masing-masing membawa pulang sebuah Ford Ranger dan Suzuki Jimny.
Kemuncak kempen selama tujuh minggu ini diraikan dalam satu majlis penghargaan di Ipoh, selaras dengan usaha Shell Mobility untuk memperkukuh hubungan bersama pengguna menerusi pengalaman bermakna di luar stesen minyak.
Majlis penyerahan hadiah berlangsung meriah di Ipoh, menandakan penutup rasmi kempen selama tujuh minggu itu.
“Kempen ini adalah tanda penghargaan kami buat para pemandu yang terus memilih Shell sebagai teman perjalanan mereka,” kata Pengurus Besar Shell Mobility & Convenience Malaysia, Seow Lee Ming.

“Tidak kira perjalanan harian mahupun perjalanan pulang ke kampung sempena perayaan, Shell komited untuk menjadikan setiap detik lebih istimewa.”
Bagi Abdur Razzak, hadiah tersebut merupakan kejutan besar. “Shell memang pilihan saya setiap kali mengisi minyak, terutama bila balik kampung. Tapi saya tak sangka langsung boleh menang Ford Ranger! Saya dah ada kereta, jadi saya nak hadiahkan kenderaan ini kepada anak perempuan saya,” katanya.
Chew Saw Ai pula menyangka dia hanya akan memenangi mata BonusLink apabila menyertai peraduan tersebut. “Tak sangka pula saya boleh menang sebuah Suzuki Jimny! Saya masih rasa macam mimpi,” ujarnya.
Sepanjang kempen berlangsung, lebih 100 pemenang mingguan turut menerima pelbagai hadiah menarik seperti motosikal Honda RS150R, mata BonusLink bernilai sejuta, serta baucar Shell bernilai RM200.
Shell turut mengumumkan kempen seterusnya, ‘Feel It All’, yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk merasai pengalaman eksklusif dunia sukan permotoran di Singapura bersama Shell Motorsports.
Kempen ini menggunakan bahan api Shell V-Power – pilihan rasmi pasukan Scuderia Ferrari HP yang direka khas untuk membersihkan enjin secara menyeluruh dan mengekalkan prestasi optimum.
Peraduan ‘Feel It All’ akan berlangsung hingga 10 Ogos 2025. Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Shell: www.shell.com.my/FeelItAll.








