Buletin

SHELL CAFE TAWAR PILIHAN MAKANAN, MINUMAN TERBAIK UNTUK PELANGGAN

Shell Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Shell Café, menawarkan pengalaman gastronomi unik yang berbaloi untuk para pengguna.

Ini merupakan satu lagi pencapaian penting untuk Shell dengan komitmen untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan.                    

Dibancuh segar di lokasi oleh barista terlatih, Shell Café menjanjikan keutamaan pelanggan dengan pengalaman yang menyeluruh.

Shell Café turut menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan beristirehat sebelum meneruskan perjalanan mereka selain menawarkan makanan dan minuman menyelerakan, dalam usaha menjadikan ia sebagai destinasi pilihan ramai.

Tampil dengan keunikannya tersendiri, campuran kopi di Shell Cafe terdiri daripada gabungan biji kopi Arabica dan Liberica, yang diperoleh serta dihasilkan di Malaysia.

Biji kopi Liberica hanya merangkumi kurang daripada 2 peratus dari pengeluaran kopi dunia ini amat jarang dihasilkan.

Ini menjadikan kopi ini lebih unik dengan rasa tersendiri, memastikan setiap cawan kopi Shell Café berbaloi untuk dinikmati.                                                                                 

Di samping hidangan kopi wajib cuba kegemaran rakyat Malaysia seperti Americano, Latte atau Cappuccino, Shell Café turut menyediakan hidangan kopi istimewa seperti Dirty Latte dan Cokespresso serta frappe ais kisar.                    

Selain itu, Shell Café menyajikan pelbagai jenis makanan termasuklah pasta telur masin, sosej gourmet, wrap yang segar dan segera, serta pilihan lain termasuk pilihan makanan tanpa daging.

Tawaran lain di Shell Café termasuklah pelbagai snek kegemaran ramai seperti firecracker, Chocolate Roll serta pilihan tambahan baharu iaitu karipap, croissant badam, scone dan kek.            

Menurut Shell Malaysia, ia akan tersedia dengan rangkaian luas meliputi lebih dari 800 kedai Shell Select di seluruh negara.

Google ads
Back to top button