SHELL MALAYSIA PERKENALKAN PROGRAM KESETIAAN BAHARU – LEBIH BANYAK GANJARAN, PENJIMATAN LEBIH BESAR!
Shell Malaysia, bersama BonusLink, baru-baru ini melancarkan program kesetiaan dan ganjaran baharu yang menawarkan penjimatan harian bagi pengguna setia Shell di seluruh negara.
Program yang telah ditambah baik ini membolehkan pelanggan mengumpul ganjaran serta penjimatan lebih besar untuk pembelian bahan api dan barangan di stesen-stesen Shell.
Sebagai program ganjaran terkemuka di Malaysia dengan lebih 14.9 juta ahli, kerjasama antara Shell dan BonusLink kini menampilkan struktur tiga peringkat yang dinamik — Silver, Gold, dan Platinum.
Dengan peningkatan ini, ahli dapat menggandakan ganjaran mereka sehingga lima kali, menjadikan faedah premium lebih mudah dicapai oleh pelanggan setia Shell.
Selain itu, terdapat ganjaran berbeza mengikut tahap keahlian: ahli Silver mendapat 1.5X mata ganjaran, ahli Gold memperoleh 3X mata, manakala ahli Platinum dapat mengumpul sehingga 5X mata ganjaran untuk setiap liter bahan api yang dibeli, termasuk pembelian di dalam kedai.
Tempoh ganjaran juga kini dilanjutkan kepada dua bulan, memberi lebih masa kepada ahli untuk mengumpul mata dan memaksimumkan manfaat yang diperoleh.
Ini memberikan peluang yang lebih luas kepada pelanggan untuk menikmati penjimatan lebih tinggi dengan hanya berbelanja di Shell.
Untuk meningkatkan pengalaman pengguna, ahli digalakkan menggunakan aplikasi Shell bagi tujuan pembayaran, di mana ganjaran eksklusif yang lebih banyak tersedia berbanding kad fizikal. Aplikasi ini juga memudahkan proses pengumpulan dan penebusan mata ganjaran, serta menawarkan keselesaan tambahan.
Keunikan utama program kesetiaan Shell ini adalah kerjasama strategik bersama BonusLink yang menawarkan akses kepada rangkaian lebih 20 syarikat dan lebih daripada 3,000 kedai di seluruh Malaysia.
Kerjasama ini membolehkan pelanggan Shell tidak hanya menikmati ganjaran di stesen minyak tetapi juga menebus mata ganjaran di pelbagai peruncit lain, menjadikannya satu-satunya program ganjaran bahan api yang merangkumi manfaat melebihi pembelian bahan api semata-mata.
Program kesetiaan Shell Malaysia yang diperbaharui ini kini sudah boleh dinikmati oleh pelanggan. Muat turun aplikasi Shell sekarang dan kunjungi stesen Shell terdekat untuk memasuki dunia ganjaran berlipat kali ganda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.shell.com.my
- BACA: DENZA D9 TIBA DI PASARAN THAILAND, TAWAR MODEL PREMIUM DAN PREMIUM AWD – HARGA SEKITAR RM267K
- BACA: MARTIN SESKS MASIH LAGI BERUNDING BERSAMA M-SPORT FORD UNTUK KE KELAS WRC MUSIM HADAPAN
- BACA: BRABUS BIG BOY 1200 – RV PALING SESUAI UNTUK KETUA MAFIA
- BACA: TOYOTA BAKAL HASILKAN SUV ELEKTRIK DENGAN KERJASAMA SUZUKI