Advertorial

GAYA BIKER. GANJARAN POWER. INILAH KAD KREDIT SEBENAR UNTUK RIDER

Bagi seorang penunggang motosikal, hidup di atas jalan raya bukan sekadar bergerak dari titik A ke titik B. Setiap perjalanan ada cerita tersendiri – tentang kebebasan, bunyi enjin dan gaya hidup yang bukan semua orang faham.

Maka, tidak hairanlah apabila AEON Credit memperkenalkan sesuatu yang benar-benar istimewa iaitu Kad Kredit AEON Biker Infinite Visa, kad dicipta khas untuk menyatukan semangat riders sejati dengan keperluan kewangan yang bijak dan bergaya.

Kad ini bukan sekadar kad kredit biasa. Ia merupakan akses eksklusif kepada dunia ganjaran dan keistimewaan yang benar-benar serasi dengan gaya hidup penunggang motosikal.

“Setiap Pengembaraan Lebih Bermakna Bersama-sama Teman”

Bagi yang gemar mengubah suai motosikal mereka dengan aksesori terkini, mendapatkan servis berkala atau membeli barangan merchandise, Kad AEON Biker Infinite Visa menawarkan pulangan tunai yang sangat kompetitif – sehingga 8% untuk perbelanjaan berkaitan motosikal, termasuk alat ganti, servis, serta barangan aksesori.

Malah, anda turut menikmati pulangan tunai untuk perbelanjaan petrol, insurans, serta pembelian runcit harian!

Apa yang menjadikan kad ini lebih menarik ialah perlindungan insurans yang menyeluruh. AEON Credit menawarkan perlindungan kemalangan perjalanan sehingga RM500,000, termasuk perlindungan 24 jam, bayaran kecemasan untuk perkhidmatan ambulans, serta pampasan sekiranya berlaku kelewatan perjalanan.

Semua ini disediakan untuk memastikan setiap perjalanan anda, sama ada ke tempat kerja, balik kampung, atau merentas negeri bersama rakan-rakan konvoi dapat dilakukan dengan ketenangan minda.

Bagi mereka yang aktif dalam komuniti motosikal, Kad Kredit AEON Biker Infinite Visa juga menawarkan akses eksklusif ke pelbagai acara. Pemegang kad akan menerima jemputan istimewa ke acara konvoi, perhimpunan motosikal dan pameran ikonik seperti Malaysia Bike Show – sama ada dengan kemasukan percuma atau harga diskaun.

Malah, kad ini turut memberikan keistimewaan khas dari pengedar motosikal terpilih serta kedai barangan eksklusif untuk pemilik motosikal yang mahu tampil lain dari lain.

“Pengembaraan Tanpa Sempadan”

Bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih premium, Kad Kredit AEON Biker Infinite Visa menawarkan 8 kali akses percuma ke Plaza Premium Lounge. Kad ini juga menawarkan pelbagai kemudahan antarabangsa seperti Visa Concierge dan pilihan penginapan mewah menerusi platform Visa.

Ciri-ciri seperti ini bukan sahaja melengkapkan gaya hidup seorang biker, tetapi juga menambah nilai kepada setiap perjalanan, sama ada di dalam atau luar negara.

Syarat kelayakan juga ditetapkan agar mesra pengguna. Untuk Kad Kredit AEON Biker Infinite Visa, pemohon perlu mempunyai pendapatan minimum RM90,000 setahun, manakala Kad Kredit Emas AEON Biker Visa hanya memerlukan pendapatan serendah RM24,000 setahun.

Yuran tahunan pula dikecualikan sekiranya perbelanjaan tahunan tertentu mencapai RM42,000 untuk Kad Kredit AEON Biker Infinite Visa dan RM10,000 untuk Kad Kredit Emas AEON Biker Visa.

Tidak cukup dengan itu, kad ini turut menawarkan pelbagai kemudahan lain seperti pelan ansuran 0%, pemindahan baki, dan pelan pembayaran fleksibel, menjadikan kad ini pilihan yang bergaya dan praktikal.

Kad Kredit AEON Biker Visa adalah pelengkap sempurna buat penunggang motosikal yang ingin menggabungkan minat mereka dengan kelebihan kewangan yang sebenar. Ia adalah kad yang menghargai gaya hidup biker.

Kerana bagi penunggang sejati, setiap kilometer mempunyai cerita. Dan kad ini, adalah peneman setia dalam setiap perjalanan itu.

“Ganjaran Eksklusif Kempen – Dapatkan Baseus Wireless Earbuds Secara Percuma!”

Sebagai sebahagian daripada kempen pemerolehan kad AEON Biker Visa, pemohon baharu berpeluang menerima Baseus Wireless Earbuds, sesuai untuk kehidupan aktif anda.

“Bagaimana untuk Melayakkan Diri?”

1. Mohon dan lulus permohonan Kad Kredit AEON Biker Visa dalam tempoh kempen

2. Aktifkan kad anda

3. Lakukan perbelanjaan runcit terkumpul minimum RM500 dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelulusan kad

Tempoh Kempen: 17 Jun 2025 hingga 16 September 2025

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, layari halaman rasmi kempen Kad AEON Biker Visa dan laman utama AEON Credit.   

Google ads
Back to top button