
CHERY TIGGO CROSS RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM88K
Chery Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model terbaharu dalam barisan SUV mereka iaitu Tiggo Cross.
Untuk pasaran Malaysia, dua versi ditawarkan, satu dengan enjin petrol sepenuhnya dan satu lagi dalam bentuk hibrid (HEV).
Dari segi dimensi, Tiggo Cross berukuran 4,318mm panjang, 1,830mm lebar, 1,670mm tinggi dan jarak antara roda sejauh 2,610mm.

Dari segi penggayaan, kedua-dua varian tampil dengan rupa yang hampir serupa – lampu utama LED, DRL LED, lampu belakang LED, rel bumbung, spoiler dan angkup brek berwarna merah. Bezanya terletak pada saiz roda: 18-inci untuk versi petrol dan 17-inci bagi HEV.
Di dalam, kedua-duanya dilengkapi skrin berkembar 10.25-inci, kamera pandangan 540 darjah, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta sistem audio enam pembesar suara. Tempat duduk pemandu boleh dilaras secara elektrik enam-hala, namun hanya versi HEV dilengkapi sokongan lumbar.
Ciri tambahan lain termasuk stereng pelbagai fungsi, pencahayaan ambien, upholsteri kulit sintetik, pengecas tanpa wayar 15W, penyaman dua zon dengan liang belakang, fungsi hidupkan enjin dari jauh dan pengelap automatik.

Chery Tiggo Cross hadir dengan pilihan warna seperti berikut;
TIGGO CROSS 1.5 Turbo
- Carbon Black
- Phantom Grey
- Khaki White
- Blood Stone Red
1.5L Hybrid CSH
- Carbon Black
- Phantom Grey
- Khaki White
- Moonlight Silver
Beralih pada kuasa, varian petrol menerima enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan 147PS dan 210Nm tork, digandingkan dengan transmisi automatik klac berkembar enam kelajuan.
Ini membolehkan SUV ini memecut dari sifar ke 100 km/j dalam 9.9 saat, dengan penggunaan bahan api sekitar 6.3L/100 km.

Bagi varian hibrid pula, Tiggo Cross hadir dengan sistem kuasa Chery Super Hybrid (CSH) terkini. Ia menggunakan enjin 1.5 liter NA empat silinder kitaran Atkinson (G4G15B) yang menjana 102PS dan 125Nm tork, serta digabungkan dengan transmisi DHT150 dan dua motor elektrik yang menyumbang tambahan 204PS serta 310Nm tork.
Varian ini mencatat pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.6 saat dengan kecekapan bahan api 5.4L/100 km.
Dari segi keselamatan, model HEV diberikan tujuh beg udara manakala varian petrol menerima enam.

Ciri keselamatan asas termasuk sistem pemantauan tekanan tayar, amaran had laju dan bantuan mula mendaki. Sistem ADAS pula ditawarkan untuk kedua-dua varian, dengan fungsi seperti AEB, amaran pelanggaran hadapan, pemantauan titik buta serta amaran lintasan trafik belakang.
Tambahan, varian HEV menerima tambahan seperti bantuan tukar lorong, cruise control dengan pengecaman kelajuan pintar serta amaran buka pintu.
Untuk harga pula, Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH diberi tanda harga bermula RM99,800, manakala Tiggo Cross Turbo boleh dimiliki pada harga permulaan RM88,800.
GALERI:















- BACA: KEJADIAN CEMAS DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN: KAIN RENTANG IKLAN TIMPA KERETA
- BACA: BENTLEY EXP 15 – BAYANGAN MODEL KONSEP MASA HADAPAN DARIPADA MODEL LAGENDA
- BACA: KUMPULAN PENGAYUH BASIKAL HALANG LALUAN BAS DICARI
- BACA: TIADA LAGI SPEEDHUNTERS?: APA YANG TERJADI KEPADA LAMAN KULTUS PEMINAT KERETA?







