
PRO-NET DAN AMTEL JALIN KERJASAMA URUS PELUPUSAN BATERI EV SECARA LESTARI
PRO-NET, anak syarikat tenaga baharu PROTON, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama AMTEL Cellular Sdn Bhd bagi mengurus pengangkutan, pengasingan komponen dan pelupusan bateri kenderaan elektrik (EV) secara selamat serta mesra alam.
Kerjasama ini membolehkan bateri EV yang telah digunakan diproses semula, di mana bahan bernilai seperti litium boleh digunakan semula dalam pembuatan bateri baharu atau sistem penyimpanan tenaga.
Langkah ini menyokong konsep ekonomi kitaran dan kelestarian jangka panjang industri EV negara.
Menurut Institut MARii, dianggarkan sebanyak 870,000 bateri EV perlu dikitar semula di Malaysia menjelang 2050.

PRO-NET mengambil langkah awal walaupun belum ada garis panduan rasmi kerajaan, dan akan mematuhi sistem eSWIS di bawah Jabatan Alam Sekitar.
Sementara itu, AMTEL turut giat membangunkan penyelidikan dan aplikasi semula sel bateri EV dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.
KESELAMATAN BATERI PROTON e.MAS 7 TERBUKTI
Model Proton e.MAS 7 menggunakan bateri LFP “short-blade” berteknologi tinggi dengan struktur Cell-to-Body (CTB), menjadikannya lebih kukuh dan selamat.
Bateri ini telah lulus ujian ekstrem, termasuk mampu menahan tekanan daripada tangki 36 tan tanpa kerosakan atau risiko kebakaran, sekaligus melepasi piawaian keselamatan antarabangsa.
Teknologi bateri Aegis ini terbukti selamat, dengan tiada kes kebakaran dilaporkan walaupun digunakan dalam hampir sejuta kenderaan di seluruh dunia.
TAMBAHAN RM5,000 UNTUK TUKAR BELI KE e.MAS 7
Bagi menggalakkan peralihan ke EV, PRO-NET menawarkan insentif tambahan RM5,000 kepada pembeli yang menukar kereta lama mereka kepada Proton e.MAS 7, tanpa mengira jenama atau usia kenderaan.
e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian: Prime (RM105,800) dan Premium (RM119,800), dengan stok sedia ada untuk pembeli yang berminat menikmati pengalaman pemanduan elektrik dengan segera.







