
ENJIN RASAKSA V12. KENALI M297 DARI AMG!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita akan mengupas tentang sebuah enjin yang sangat power daripada Jerman. Enjin yang disebutkan adalah enjin berkod M297 AMG daripada Mercedes Benz.
Enjin ini sebenarnya menggunakan asas enjin M120 V12 Naturally Aspirated (NA). Namun, ianya ditala khas oleh pihak AMG dan menjadikannya sebagai sebuah enjin berprestasi tinggi. Berbeza daripada enjin M120, banyak perubahan yang dilakukan supaya enjin ini sesuai digunakan untuk kegunaan ekstrem.
Perkara pertama yang dilakukan adalah menaikkan sesaran enjin ini daripada 5,987cc (6.0L) kepada 6,898cc (6.9L). Bukan sikit-sikit ye naik. Banyak Tuan-Tuan. Nilai Bore X Stroke enjin ini adalah 89mm x 92.4mm. Dapat dilihat disini bahawa nilai Stroke adalah lebih besar daripada Bore dan menjadikan enjin ini sebagai “Undersquare Engine”.
Binaan Blok enjin ini adalah daripada “Alumunium Alloy”. Bukan “Cast Iron” ye Tuan-Tuan. Untuk apa ? Untuk ringan. Enjin ini dibuat untuk “Race Car”, jadi setiap Gram/Kilogram adalah amat dititikberatkan. Darjah kecondongan Blok ini ditetapkan pada 60 darjah.
Binaan kepala silinder enjin ini pula menggunakan material Silumin iaitu campuran Alumunium dan Silicon. Kalau dah V12, kepala silinder pula mestilah ada dua. Setiap kepala Silinder menempatkan 2 unit Aci Sesondol serta 4 injap bagi setiap silinder. Hal ini menjadikan jumlah total Aci Sesondol yang digunakan adalah 4 unit dan injap pula sebanyak 48 unit. “Timing Chain” digunakan untuk memacu unit Aci Sesondol.
Nilai Nisbah Mampatan bagi enjin ini adalah pada kadar 10.5:1. Namun enjin ini dilengkapi oleh sistem “Cylinder-Selective Anti Knock Control”. Sistem ini akan membendung enjin daripada “Knocking” disamping mengoptimumkan penggunaan bahan bakar.
Sistem pelinciran enjin ini menggunakan “Dry Sump”. Hal ini bagi memastikan enjin mendapat pelinciran yang cukup ketika disesah habis habisan tanpa gagal. Enjin “Race” dengan “Dry Sump” memang tak dapat dipisahkan Tuan-Tuan.
Sistem bahanapi jentera ini pula menggunakan sistem “Multipoint Injection”. Sistem ini dikawal sepenuhnya oleh ECU beraama-sama dengan Sistem Penyalaan. “Firing Order” bagi enjin ini adalah 1-12-5-8-3-10-6-7-2-11-4-9. Hebat orang dulu-dulu. Untuk pengetahuan, sistem pengaturcaraan enjin bagi enjin ini menggunakan teknologi Can Bus bagi menghubungkan setiap “Control Unit”.
Hasilnya ? 603hp pada 6,800rpm dan daya kilas sekuat 775Nm pada 5,250rpm. Sangat juat Tuan-Tuan. Enjin ini diletakkan pada jentera Mercedes Benz CLK GTR “Road Use”.
Habis cerita ? Belum lagi.
Sedikit trivia tentang enjin ini juga, saya ada nyatakan diatas enjin ini diambil daripada asas enjin M120 V12 NA. Terdapat satu model yang sangat Rare menggunakan enjin M120 ini iaitu Mercedes Benz S73 T AMG. Hanya 18 unit dibina dan 10 daripadanya milik Sultan Brunei. Haaaaa. SEE MY LEVEL ! SEE MY LEVEL ! Nanti ada masa saya kupas tentang enjin M120 pula.
Okay habis trivia.
Selain daripada jentera yang disebutkan diatas, enjin M297 ini juga digunakan oleh firma Automotif dari Italy iaitu Pagani pada pelbagai varian Zonda mereka.
Namun, bagi enjin yang dibuat untuk barisan jentera Pagani, sesaran ditingkatkan kepada 7,291cc (7.3L). Material serta spesifikasi hampir sama dengan varian 6.9L, yang berbeza adalah nilai Bore iaitu 91.5mm dan juga penalaan.

Untuk kegunaan Pagani, enjin ini mempunyai pelbagai varian. Setiap varian adalah untuk edisi jentera yang berbeza dan kuasa yang dihamburkan juga adalah berbeza. Berikut merupakan spesifikasi enjin serta jentera yang menggunakan enjin ini.
Saya selitkan juga beberapa model Mercedes Benz yang menggunakan enjin ini.
Versi 386kw/525ps/518hp
Enjin ini digunakan oleh :-
- Mercedes Benz R129 SL73 AMG (1997-2001)
- Mercedes Benz C140 CL73 AMG (1992-1999)
Kuasa yang dihamburkan adalah sekuat 518hp pada 5,500rpm dan daya kilas sekuat 750Nm pada 4,000rpm. Versi ini merupakan versi paling “lemah” di dalam keluarga enjin M297 AMG. Tapi lemah-lemah dia pun jika dilihat nilai kuasanya, ngeri juga. Dari tahun 1997 Tuan-Tuan.
Versi 408kw/555ps/547hp
Enjin ini digunakan oleh :-
- Pagani Zonda C12 S 7.3(2001-2004)
- Pagani Zonda S Roadster (2003-2006)
Kuasa yang dihamburkan adalah sekuat 547hp pada 5,900rpm dan daya kilas sekuat 750Nm pada 4,050rpm
Versi 442kw/601ps/593hp
Enjin ini digunakan oleh :-
- Pagani Zonda C12 S Monza (2004)
- Pagani Zonda F (2005-2008)
Kuasa yang dihamburkan adalah sekuat 593hp pada 6,150rpm dan daya kilas sekuat 760Nm pada 4,000rpm
Versi 478kw/650ps/641hp
Enjin ini digunakan oleh :-
- Pagani Zonda F Clubsport(2006-2011)
- Pagani Zonda F Roadster (2006-2009)
- Pagani Zonda PS (2009)
Kuasa yang dihamburkan adalah sekuat 641hp pada 6,200rpm dan daya kilas sekuat 780Nm pada 4,000rpm
Versi 488kw/664ps/655hp
Enjin ini digunakan oleh :-
- Mercedes Benz CLK GTR Super Sport
Kuasa yang dihamburkan adalah sekuat 655hp pada 6,200rpm dan daya kilas sekuat 786Nm pada 4,000rpm. Eh ? Jentera CLK GTR ada varian 7.3L ? Ada Tuan-Tuan. Cuma tak banyak. Hanya 5 unit sahaja dihasilkan.
Versi 492kw/669ps/660hp
Enjin ini digunakan oleh :-
- Pagani Zonda Tricolore (2010)
Kuasa yang dihamburkan adalah sekuat 660hp pada 6,200rpm dan daya kilas sekuat 780Nm pada 4,000rpm
Versi 498kw/677ps/668hp
Enjin ini digunakan oleh :-
- Pagani Zonda Cinque (2009-2010)
- Pagani Zonda Cinque Roadster (2010)
- Pagani Zonda HH (2010)
Kuasa yang dihamburkan adalah sekuat 668hp pada 6,200rpm dan daya kilas sekuat 780Nm pada 4,000rpm
Versi 559kw/760ps/750hp
Enjin ini digunakan oleh :-
- Pagani Zonda 760LH (2012)
- Pagani Zonda 760RS (2012)
- Pagani Zonda 764 Passione (2012)
- Pagani Zonda LM (2014)
- Pagani Zonda X (2014)
- Pagani Zonda 760 Zozo (2015)
- Pagani Zonda 760 AG Roadster (2015)
- Pagani Zonda Kiryu (2015)
- Pagani Zonda OLIVER Evolution (2016)
Kuasa yang dihamburkan adalah sekuat 750hp pada 8,000rpm dan daya kilas sekuat 780Nm pada 4,500rpm
Versi 588kw/800ps/789hp
Enjin ini digunakan oleh :-
- Pagani Zonda HP Barchetta (2017)
Kuasa yang dihamburkan adalah sekuat 789hp daya kilas sekuat 850Nm menjadikan ia sebagai enjin M297 AMG paling berkuasa dalam sejarah.
Sedikit cerita tentang jentera ini, Pagani Zonda HP Barchetta merupakan jentera tribute kepada Founder Pagani dimana “HP” itu bermakna namanya iaitu Horacio Pagani. Jentera ini juga sangat Rare dimana hanya 3 unit sahaja dikeluarkan. Satu dimiliki oleh Horacio Pagani, lagi 2 unit untuk pembeli misteri. Namun, jika ada bakal pembeli yang berminat boleh menempah jentera ini terus dengan pihak Pagani. Tanda harganya ialah USD17.5 Juta. Kira-kira RM73.6 Juta sebelum cukai.
Tanda harga ini menjadikan Pagani Zonda HP Barchetta ini sebagai jentera termahal didunia mengenepikan Bugatti La Voiture Noire dan Rolls Royce Sweptail.
Jadi Tuan-Tuan, inilah cerita tentang sebuah karya agung daripada Mercedes Benz. Kebanyakan generasi sekarang mungkin kenal Mercedes Benz daripada barisan model “45” AMG, namun jika diselusuri sejarah, mereka sudah lama bersaing dengan Ferrari dan Lamborghini dari segi kejuruteraan.
Mercedes Benz bukan sekadar “Abah-Abah”