Buletin

SUBSIDI MINYAK HANYA UNTUK MOTOSIKAL BAWAH 125CC DAN KERETA 1.3L SAHAJA SELEPAS INI?

Memetik laporan MalayMail hari ini, kerajaan dilapor akan menyediakan subsidi petrol bulanan dan menetapkan kuota untuk rakyat yang menggunakan motosikal berkapasiti 125cc dan kereta 1,300cc ke bawah.

Ini juga bermakna subsidi harga bahan api akan ditiadakan bagi membantu kumpulan sasar yang layak menerimanya. 

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah secara bertulis ketika menjawab soalan daripada Senator Datuk Ng Chiang Chin.

Amiruddin menegaskan bahawa kawalan ke atas harga runcit bahan api oleh kerajaan adalah bertujuan mengurangkan kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Mekanisma terperinci pelaksanaan langkah ini bagaimanapun masih sedang dikaji akan diumumkan sebaik sahaja ia dimuktamadkan,” kata Amiruddin.

Google ads
Back to top button