Buletin

SUKAR UNTUK SUZUKI TEWASKAN DUCATI – JOAN MIR

Pelumba rookie Suzuki rookie, Joan Mir menamatkan perlumbaan MotoGP Jerman di belakang jentera Ducati di tempat tujuh.

Selepas hanya berjaya mengutip lapan mata dalam lima perlumbaan musim ini (hasil dari perlumbaan di Qatar di tempat ke lapan), Joan Mir cemerlang mengutip keseluruhan 31 mata dari empat perlumbaan sebelumnya.

Semasa MotoGP Jerman, Joan Mir berjaya memintas Ducati namun tidak mampu bertahan dan ditinggalkan trio jentera Itali itu pada lapan pusingan terakhir.

“Saya tidak bermula dengan baik pada pusingan kali ini. Saya mendesak terlalu kuat pada lap-lap awal dan menyebabkan tayar cepat habis. Di penghujung perlumbaan saya semakin sukar mengekalkan cengkaman, ujar beliau.

“Ia agak memalukan kerana saya fikir hari ini saya mampu catatkan keputusan lebih baik dari tangga ke tujuh. Tapi ternyata sukar untuk menentang jentera Ducati.

“Kami akan terus tingkatkan mana-mana perkara yang patut. Tapi secara keseluruhannya saya gembira dengan pusingan lepas.”

“Prestasi Joan sangat bagus, beliau lebih pantas berbanding kumpulannya namun susah untuk memintas di Sachsenring,” komen pengurus pasukan Suzuki Ecstar Davide Brivio.

“Apapun, ia bagus untuk beliau bertarung dengan pelumba yang lebih berpengalaman dan mengutip pengalaman di situ.”

Mir yang kini di tangga ke-13 dalam kutipan mata merupakan satu-satunya pelumba Suzuki yang menamatkan perlumbaan selepas rakan sepasukannya Alex Rins terbabas.

“Ia agak mengecewakan bila Alex jatuh di sini kerana di Assen dan Sachsenring kami menjangkakan akan mendapat podium'” ujar Ken Kawauchi Pengurus Teknikal Suzuki.

“Juan berjuang dengan baik dalam kumpulannya dan beliau terus meningkatkan usahanya setiap masa.

Google ads
Back to top button