,
Artikel PilihanMotosikal

BERAPA KOS RESTORASI LENGKAP SEBUAH YAMAHA RX-Z?

Motosikal lagenda dua lejang di Malaysia, Yamaha RX-Z terus popular meskipu pengeluarannya telah dihentikan hampir 10 tahun yang lalu. Sejak dari saat produksinya habis, alatgantinya diborong runner dan bengkel dan pada hari ini mencari alatganti RX-Z keluaran Hong Leong Yamaha Motor semakin sukar.

RX-Z sudah menjadi sebuah motosikal yang tidak murah untuk direstorasi – dengan anggapan jika anda mahukan semuanya barang keluaran asli/original. Bagaimanapun, masih ada beberapa pilihan lain seperti yang alatganti dikeluarkan oleh pihak ketiga/OEM seperti Imasen/HLD dan lain-lain.

Persoalannya berapakah kos sebenar restorasi penuh sebuah RX-Z?

Subjektif. Ia bergantung pada apa yang anda mahu. Di sini kami kongsikan kira-kira asas oleh SP GARAGE, salah satu pusat restorasi motosikal yang popular.

…………………………………………………..

Assalamualaikum semua…ramai yang bertanya saya berapa kos habis untuk restore sebiji motor…bila dah bagi tau kos anggaran semua, dah terkejut pulak dan berfikir sekejap.

Biar betul kos habis mcm tu skali…baik aku beli kereta baik aku beli superbike baik aku beli kapal selam baik aku beli jet pejuang…bang itu hak abang nak beli apa-apa, saya tak bleh nak halang…

Ok restore ni sebenar nya ada 3 kategori…pertama restore recond, kedua restore barang-barang baru NOS original, ketiga restore brg baru tapi ‘local’ atau gred…yang restore ketiga ni saya tak nak ulas sangat la saya ulas untuk yang pertama dan kedua je…

Restore recond ni maksud nya separuh barang-barang lama yang ada dibaikpulih balik contohnya body frame, casing enjin, head block, handle, papan handle, breket footrest, swing-arm, fork dan lain-lain lagi semua tu dicuci dan dicat balik untuk nmpak seperti baru…manakala skru, bolt dan semua nut dicelup balik supaya nampak seperti baru…dengan ini dapat menjimatkan sedikit kos untuk restore…

Restore barang-barang baru NOS original ni pulak, semua barang-barang yang akan dipasang adalah barang-barang yang baru yang belum diguna pakai lagi. Barang yang dalam plastik…tapi tak semua barang-barang yang baru senang untuk didapati ada diantara nya dah stop production dah susah nak dapat senang cakap kilang dah tak buat lagi barang tu…

Sebab itu la ada sesetengah barang-barang baru ni harga nya tinggi untuk dibeli disebabkan stok susah untuk dapat…ini menjadikan kos untuk restore barang-barang baru NOS original lebih tinggi dari restore recond…

Dibawah ini saya list kn beberapa barang-barang berserta harga paling minimum mengikut market sekarang ini yang saya tau untuk RESTORE BRG2 BARU NOS ORIGINAL UNTUK CATALYZER…

BODY FRAME NOS RM1650
CRANCKASE SEPASANG RM1450
FORK HLY SKALI T FORK NOS RM500 
FORK KYB RM200
SEAT PAPAN PUTIH NOS RM850
COVERSET NOS SIAP STICKER ORIGINAL KILANG RM2000-RM3000
COVERSET HLY RM750
CALIPPER BREK RM850
HOSE BREK RM150
MASTERPUMP RM250
HANDLE RM380
CROWN HANDLE NOS RM750
METER RM900
MAGNET RM450
COIL MAGNET RM500
CRANKSHAFT RM600
MANGKUK CLUTCH / GIGI 22 RM500
CASING ENJIN SPASANG RM650
SUIS HANDLE RM900
SKRU BOLT NUT COMPLETE RM1600
BLOCK RM1100
HEAD RM450
KICK STARTING NOS RM200
SIGNAL SPASANG NOS RM150
BREKET NO PLATE NOS RM100
EXZUS CATAL RM550
MAIN SUIS RM220
CDI RM280
RIM TAYAR COMPLETE RM1500

Ini diantara kos paling minimum kalau restore barang-barang baru NOS original, sementara barang-barang masih lagi boleh didapati…

Natni anda semua kira la sendiri berapa kos dia atas…ada lagi barang-barang yang saya tak list kan di dalam ni. Cukup lah saya list kan barang-barang yang tu je untuk pengetahuan semua…

Kalau ada silap pasal harga boleh komen je untuk pengetahuan semua…ini untuk harga original sahaja ya bukan ‘local’ atau gred…ini untuk motor model Catalyzer je, belum lagi untuk model mili, Bosch, Yahoo atau Energy lagi berdarah hidung…

Moral of the story jangan lah kita cepat melenting atau terus nak kecam. seharusnya siasat dahulu harga market biar ada pengetahuan sedikit…malu bertanya sesat jalan bang ooiiiiiiii…

Kalau kilang ada keluar lagi barang-barang tu semua atau motor pun ada keluaran lagi harga tak kan tinggi sampai macam tu sekali…

Jadi fikir-fikir kan lah tepuk dada tanya selera…ikut kemampuan diri sendiri jangan lah sampai jadi hamba RX-Z pulak…

Terima kasih kerana sudi membaca…sekian daripada sy SP GARAGE peminat motor yamaha RX-Z…demo beci kawe banggo yyeeaahh…

-SP GARAGE-

KREDIT: SPGARAGE

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button