,
Buletin

HARGA MINYAK RON97 NAIK. RON95 & DIESEL KEKAL. 13 JUL – 19 JULAI 2019

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 13 JULAI 2019 sehingga 19 JULAI 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  • Harga runcit petrol RON97 – RM2.57 seliter (naik 4 sen)
  • Harga runcit petrol RON95 – RM2.08 seliter (tidak berubah)
  • Harga runcit diesel – RM2.18 seliter (tidak berubah)

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.29 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalamtempoh 13 Julai 2019 sehingga 19 Julai 2019 adalah berjumlah RM114.06 juta.

Tags
Google ads
Back to top button