Buletin

SUKE MULA KUTIP TOL TENGAH MALAM INI. RM2.30 UNTUK KENDERAAN KELAS 1

Syarikat pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. (PROLINTAS) mengumumkan bahawa kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna bermula Sabtu, 15 Oktober 2022 jam 12.01 tengah malam ini. 

Kutipan tol itu melibatkan jajaran fasa 1 iaitu dari Persimpangan Cheras–Kajang hingga Persimpangan Bukit Antarabangsa yang telah dibuka kepada pengguna pada 16 September 2022 lalu. Bayaran akan dikenakan kepada pengguna yang melalui Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang dengan kadar tol mengikut kelas kenderaan seperti berikut:

Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID. Sehubungan itu, pengguna disaran agar memastikan baki kad Touch ‘N Go dan e-wallet adalah mencukupi sebelum memasuki Lebuhraya SUKE. 

Bahagian operasi SUKE akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di kedua-dua plaza tol, selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan. 

Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi SUKE hotline di talian 1-300-88-9922. 

Google ads
Back to top button